Sabtu, 11 Disember 2010

HARAPAN DAN KEPERCAYAAN DI BUANG JAUH-JAUH


Aku belum bangun

menghoyong bersama angin

tangan masih mendekap pada dada

yang terburai luka pada khianat cinta

lantai hati terus merah berdarah

getar jemari mencari nyawa

meraba dalam kebutaan sengsara

airmata rupanya tiada harga

walau berjejesan membasah hiba

duka kian menghiris memedih rasa

bagaimana arti berjalan pada tempang kekecewaan

apa makna kejujuran bila kau ramas hilang?

Bagaimana dapatku bangun untuk terus berjalan?

bila harapan dan kepercayaan kau hempas berjatuhan

melerai pecah menyimbah derita yang parah

hari ini kalau maut datang ,pasti ku-relakan

hari ini kalau kematian bisa mengakhirkan,

aku menyambut seruan!

Tiada lagi sisa selain kebencian

tiada untaian kata selain kezaliman

aku tidak akan berpaling lagi pada kenangan

aku ingin aku adalah debu yang beterbangan

aku ingin aku adalah air yang mengalir perlahan

mengikut liku-liku luka untuk keluar dari sengsara

mengalir dari lorong-lorong kekecewaan untuk mencapai kematian!

O Tuhan

hari ini aku benar-benar mengemis cahaya

aku benar-benar mengharap sirna

aku ingin aku bukan lagi apa-apa

aku ingin agar aku cuma secebis cerita

yang nazak kerana cinta

yang mati tanpa tanda!


**************

Jumaat, 10 Disember 2010

BUANGLAH RASA EGO YANG TERLAMPAU


Waktu solat ku angkat takbir
tatkala niat ku iringan bersama kiam
lalu ku dengar keriyuhan
diruang tamuku
suara keras dan binggit menerjah telinga
sedangkan aku hampir menamatkan hajatku
kini syaitan membisikkan bicara
berhenti dikau hai manusia
engkau dengar apa yang diluar sana
mungkin kamu perlu turut serta
lalu aku dengan mudah turut apa katanya
longlai langkah ku kedepan
apa sudah jadi hai orang di sini
kenapa perlu bertikam lidah
pada perkara yang mudah
bicara dan bersemuka cara berhemah
tidak perlu hingga menjatuhkan maruah
pemikiran yang kusut hina dirasa
kerana egomu engkau
sudah hilang kepercayaan
hilang jati diri dan martabatmu
sanggup engkau letakkan
harga diri ketahap yang
paling hina
Ini la jadinya
sampai bila engkau rasa bangga diri!!
orang lain semua bagi engkau tidak punya apa-apa
bagi engkau orang lain hanya hamba suruhanmu
mengikut telunjuk dan pandanganmu
walau pun pandangan itu tidak munasabah
hasil yang didapati dari musibah
hanyalah pertengkaran dan permusuhan
Ingatlah
tidak kemana mengalah
tidak menjatuhkan martabat diri
jika kesalahan itu diletakkan dengan kesabaran
aku pasti engkau manusia terbilang
muhasabah diri dan istiqamah
kerana rendah diri itu adalah permata
yang senantiasa bersinar
Tapi aku telah gugur
kerana hasutan dan godaan
hingga alpa akan tanggung jawabku
kuabaikan perkara wajib
mudah mengalah
mengikut telunjuk si penghasut
hanya perkara duniawi
aku jerumuskan kendiriku
hingga lupa siapa yang berkuasa
siapa aku
siapa kiblatku
siapa imamku
dan siapa pesuruhku
jika ada keimanan
dan ketakwaan
segala hasutan pasti lenyap
dan kita pasti diangkat darjat
yang lebih mulia disisiNYA....



*******************

Rabu, 8 Disember 2010

HARI INI AKU NAMPAK SEORANG PERAGUT


Ini lah wajah peragut yang ditawan oleh orang ramai..sempat lagi tu merokok.. dasar tak tahu diuntung betul..



Anak aku baru pulang dari Melbourne. Cuti summer semester selama lebih dua bulan dan semasa pulang barulah dia memberi tahu aku yang dompet duit nya kena pick pocket di pasar awam Melbourne. Lalu hari ni aku terpaksa membawa dia ke bank HSBC untuk membuat kad baru. Aku mencari tempat parking kereta, akhirnya dapatlah tempat yang agak terpencil juga. Habis memasukkan duit dalam mesin parking, aku dan anak bungsu aku terus ke bank yang berdekatan untuk berurusan seterusnya.

Setelah selesai semua perkara, kami pulang ketempat letak kereta. Pelik aku..apa pasal ramai sangat orang disisi kereta aku, dengan beberapa orang polis pun turut serta. Gemuruh darah menyirap kemuka, aku dah cuak juga, mungkin aku salah parking atau ada orang asing cuba untuk membuka kereta aku untuk mencuri barang-barang dalam kereta ..mana lah tahu.. manusia sekarang ni bukan boleh dipercayai, semua perkara boleh terjadi.

Bila hampir kekereta aku lihat seorang lelaki India terduduk bersandar ditepi kereta aku.. aku bertanya... Pak Polisi.. " dia nak pecahkan kereta saya ke Encik!!". Pak Polisi mengelengkan kepala. Rupanya Lelaki India tersebut telah dicekup oleh orang ramai kerana cuba meragut beg seorang Perempuan yang lalu berhampiran. Tetapi malangnya orang ramai telah bersama-sama membenteras jenayah ragut dan terus mencekup penjenayah tersebut...





Orang ramai yang menawan peragut ...Nasib mereka ni masih punya timbang rasa... tidak dibelasahnya peragut tersebut... masih mengikut lunas undang-undang dan menyerahkan budi bicara pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan....



Perkhhh lega aku... dah cuak gak... ingat dia nak pecahkan cermin kereta mana lah tahu... syukur tak terjadi apa-apa.Lelaki India di bawa ke Balai Polis Seremban 2 untuk di tahan reman..



*************************





Isnin, 6 Disember 2010

KEHIDUPAN YANG BAIK


Mereka sering memujukku
pujukan itu aku tolak lembut
Mereka menakutkan aku dengan kematian
tetapi aku tetap bersikap tegas
sehingga mereka merasa bosan
kerana aku tidak pedulikan mereka
mereka masih tidak putus asa
lantas kegilaan mereka tetap padaku
aku ditinggalkan sendirian
namun mereka masih mendugaku
tapi aku turun untuk melanjutkan tekadku
mereka tetap mahu menurunkan aku
pada tahap yang mengaibkan
Tetapi aku kembali naik meniti jalan kebenaran bersendirian
Ku usir lagi kematian yang datang
hingga ia pulang berpaling
dan kematian kuhalau jauh ke belakang
dengan tiada daya upaya
Jangan rasa takut dan jangan pula berdukacita
keyakinan dan keteguhan iman
tidak akan pudar dan hilang
selama jasad belum lagi di benamkan dalam lahat
Aku telah berjanji setia
untuk tetapkan kekuatan kendiri
pada perjanjian di alam luh mahfus
alam azali
Pada sahabat dan rakan
kini aku telah banyak mengenal
membawa pengajaran dan pengetahuan
bahawa kehidupan ini
hanya sementara
kehidupan disana belum pasti
bukan kerja kita
untuk mentafsirkan keburukan
atau kebaikan
kerana itu adalah kerja NYA
hanya kita berkorban diri
berkhidmat pada ketentuan
bila tiba saatnya nanti
kepergian pasti akan dirasa tenang dan aman.


***********************