Sabtu, 7 Jun 2014

ANTARA HALAL DAN HARAM


Antara JAKIM, KKM serta Halal dan Haram.
Sebuah artikel untuk membuka fikiran kita. Artikel nukilan Sang Pencheritera. Jom sama-sama kita baca dan nilaikan.





                                            

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

JAKIM sudah mengisytiharkan yang produk Cadbury yang didakwa ada DNA babi sebenarnya halal dan boleh dimakan. Mungkin orang yng dah makan produk tu rasa lega bila dengar kenyataan JAKIM tu.

Persoalan yang timbul dalam fikiran saya ialah mula-mula tu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai status produk tu. Menteri dah umumkan kemudian JAKIM melenting. Kata Menteri Kesihatan, Jakim pun ada makmal, jadi biarlah pakar-pakar di situ buat kajian. Sekarang JAKIM kata Produk tu sebenarnya halal. Masa pihak Kementerian tu cek, produk tu dah bercampur sebab tu ada lemak babi di dalamnya. Ini bermaksud JAKIM menyalahkan Kementerian Kesihatan kerana tak pandai nak buat analisa. Mungkin pakar di JAKIM lagi hebat!

Bukankah kedua-dua pihak sepatutnya berbincang dulu bsebelum mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Walau apa sekali pun kesimpulan yang dinyatakan, produk ni baik ditarik balik dari pasaran dan syarikat ni buatlah bisnes lain seperti yang terjadi kepada roti High 5. Mula-mula dulu didakwa ada bahan dari babi kemudian nafikan akhirnya sekarang ni dah tutup kilangnya. Mungkin buat jenama lain, wallallahualam. 

Ada hamba Allah kata, Menteri Kesihatan tu beragama Hindu jadi kemungkinan dia mewakili rakyat Malaysia yang tidak boleh makan daging selain umat Islam (Vegetarian). KKM menyiasat produk ni di premis jualan sebab dapat aduan daripada pengguna yang bukan beragama Islam. Sebab tu KKM yang menganalisakan dan serah kepada JAKIM. JAKIM pula siasat di kilang yang dah buang segala yang tak halal. Tentulah tak jumpa benda yang haram!

Ada pihak pula mendakwa ada orang nak sabotaj syarikat berkenaan. Janganlah nak menegak benang basah! Lepas ni, seelok-eloknya tak payah makan coklat! Kalau teringin sangat, buat sendiri coklat tu. Sudah pasti kita tahu halal haramnya. Lelemaknya kalau tak yakin, belilah di kedai Arab atau campur saja minyak halal yang sesuai.

Kalau dari sudut produk HALAL, negara kita sebenarnya jauh tinggal ke belakang daripada negara jiran kita, Thailand. Tanda halal mereka lebih halal daripada tanda HALAL JAKIM yang kononnya mewakili kerajaan. Kalau setakat tulis halal siapa pun boleh tulis sedangkan hakikatnya ramai orang Islam yang tak ikuti atau jarang-jarang mengikuti berita atau hal semasa ni tak faham yang logo HALAL di Malaysia ni sebenarnya HARAM.

Mereka sebat apa-apa saja makanan dan minuman yang ada di depan mata di mana-mana pun dijual kerana mereka percaya kepada pihak yang dipertanggungjawab untuk memastikan makanan dan minuman tu halal di negara ini.

Pada awal tahun 90-an dulu pun ada kes tentang Ayam Goreng Segera yang paling TOP di Malaysia sehingga kini dikatakan TIDAK HALAL dimakan oleh orang Islam kerana cara penyembelihannya dipertikaikan. Mak Ngah saya kata ada kawannya yang dah pencen sebagai pegawai polis menjadi tukang sembelih. Bila pegawai JAKIM datang, dia disuruh pakai kupiah.

Ada satu ketika, ayam tak mencukupi kerana terlalu ramai pelanggan. Kawan dia nampak orang yang bukan Islam tolong sembelihkan! Bila dia tegur orang tu, dia kena marah sebab orang tu pegawai atasannya. Dia terus letak jawatan dan tinggalkan tempat tu serta-merta kerana tak mahu bersubahat. Jadi, kalau nak makan apa-apa pun, fikir dulu tentang asal usul makanan tu kalau nak diterima amalan kita oleh Allah SWT.

Orang yang nak komen di FB pun mestilah tahu halal haram kalau menulis terutama komen yang memang lucah. Bila saya baca komen-komen seperti ini, saya tertanya-tanya sama ada mereka ni orang Islam ke? Kalau kita mengaku kita orang Islam, janganlah nak mencarut-carut kalau tulis komen. Siapa nak sembahyangkan kita kalau kita jadikan perbuatan tu sebagai amalan kita, bila kita mati kelak? Mesti kita dikata orang yang hidup kerana perangai kita yang tak senonoh tu. Itu tak haram tapi berdosa besar, tahu tak?

Adakah kita perlu disolatkan bila dah mati nanti kalau biadab macam tu? Perbuatan atau akhlak yang buruk itu bolehkah membawa kita ke syurga? Mungkin orang ni memang tak ada adab tetapi saya bersimpati kepada ibu bapanya yang tak mengajarnya beradab sopan dan tak dapat mendidik anak menjadi orang Islam. Ibu bapa tak lepas, anak pun tak lepas dunia dan akhirat.

Kalau kita membiarkan perkara yang berlaku di hadapan kita, juga bermakna kita menghalalkan yang haram. Kalau tengok maksiat di hadapan mata tapi tak menegurnya juga bermakna menghalalkan yang haram. Kalau tengok artis berpakaian tak senonoh tapi tak tegur pun bersubahat juga. Macam kita pun sama pakai pakaian yang sama!

Ada artis pakai baju  belah di bawah dan di atas macam tak cukup kain pada malam Anugerah BH menafikan dia berpakaian tak ingat umur dan terlarang dalam Islam (kalau dia ingat dia orang Islamlah). Dia kata tak seksi tapi pandai pulak nak tutup dadanya yang dah tiga suku terdedah dengan beg kecilnya tu... Yang tengok pun bersubahat juga. Macam mana ni???

Halal atau haram masih perlu dibahaskan kalau kita nak jadi orang Islam yang sejati. Orang bukan Islam pun hormati kita kalau kita jaga akhlak kita dan agama kita termasuk makanan dan minuman yang masuk dalam perut kita. Kalau nak tahu akhlak seseorang itu, tengoklah pada apa yang masuk ke dalam perutnya.

Setakat ni dulu yang dapat saya coretkan di sini. Wassalam.
    
*Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera.


**************************

Jumaat, 6 Jun 2014

10 SEBAB NEGARA JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN



Negara Jepun, nama yang tidak asing di mata dunia.Jepun merupakan diantara negara paling pesat membangun. Lihat sajalah jika berlaku bencana alam seperti trunami dan sebagainya dalam masa cuma beberapa bulan mereka mampu membangunkan bandar yang telah musnah hampir 80% seperti sedia kala. Berikut adalah 10 sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat:



1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

********************


Rabu, 4 Jun 2014

JIKA AKU BUNGA MAWAR




Jika aku mawar, aku ingin mekar,
bunga yang cantik dan wangi
Aku mahu segar dan sempurna
Untuk teman-teman menikmatinya

Aku ingin dipilih sebagai "Ratu Bunga"
Kakak, adik dan sepupuku turut bertanding
Tetapi aku tidak akan bersedih dan mengkritik
Kiranya mereka yang menang

Aku tidak menghirau apa pun sekali warnaku
Seperti tuhan membalut lili, begitulah aku
Aku bergaul bebas tanpa mengira
Kerana warna bukan halangan kami

Aku mahu dicintai kerana aku adalah "aku"
Sekuntum bunga di taman sama-sama dinikmati
Aku mahu dibawa melawat teman yang sakit
Dan menemani selama-lamanya

Jika aku mawar, harapanku
Membawa keriangan mereka yang mencintai
Ya, jika aku mawar, mahu aku berkongsi
Kecantikan dan haruman anugerah Tuhan.....


Louis A, Melsheimer
St. Petersburg, Florida...
Jun 1989

Profil Lengkap Raja Nazrin Sultan Perak Ke 35

Profil Lengkap Raja Nazrin Sultan Perak Ke 35



Mewarisi keperibadian unggul ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, meneruskan legasi kesultanan Perak dengan kewibawaannya sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Sebelum ditabal sebagai Sultan Perak ke 35 pada 29 May 2014, baginda bukan saja dikenali rakyat sebagai Putera Raja yang mesra rakyat, malah pembabitannya dalam program amal dan kemasyarakatan sememangnya tidak asing bagi rakyat negeri itu.

Profil Lengkap Raja Nazrin Sultan Perak Ke 35
DYMM Raja Dr Nazrin Shah menandatangani watikah tauliah sebagai Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35

Kemurahan hati baginda terserlah apabila tidak kekok untuk mendekati rakyat khususnya golongan kurang bernasib baik dan tidak putus menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban mereka.

Seiring tahap intelektual yang tinggi, baginda bijak melontarkan pandangan dan buah fikiran dalam pelbagai isu merangkumi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa. Baginda dilahirkan pada 27 November 1956 hasil perkongsian hidup Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tuanku Siti Bainun Mohd Ali.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson dan dikurniakan seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, 4, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, 2.

Profil Lengkap Raja Nazrin Sultan Perak Ke 35


Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, baginda seterusnya mengikuti pengajian menengah di St John Institution sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford, England pada 1979.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat selain ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari universiti sama.

Baginda dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Februari 1984.

Mengikut susur galur sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah di tempat ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan.

Sementara itu, kedudukan di bawah Raja Kecil Besar adalah Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu.

Pada 1987 apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, Raja Di-Hilir pada masa itu memberi laluan kepada Sultan Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia.

Ketika ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak mulai April 1989 hingga 1994.

Sultan Nazrin Shah yang juga ProCanselor Universiti Malaya adalah Felo Kehormat Kolej Worcester, Universiti Oxford.

Profil Lengkap Raja Nazrin Sultan Perak Ke 35

Tahun lalu, baginda dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Universiti Oxford serta Ahli Pemegang Amanah Pusat Kajian Islam universiti itu.

Selain itu, Sultan Nazrin Shah adalah Felo ISIS (Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia) Terbilang selain Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC).

Mengikuti jejak ayahandanya, baginda pernah memegang jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia selain menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak.

Kepimpinan baginda terbukti apabila pernah menerima Anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Lions International Foundation berpangkalan di Chicago, anugerah tertinggi yang diberi kepada individu untuk khidmat kemanusiaan, selain menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2012.

Baginda amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Zara pada 2007 disambut dengan penuh kesyukuran dan diraikan seluruh rakyat Perak.

*********************************************