Isnin, 31 Januari 2011

MAMPIR KE KOTA BANDUNG HARI KETIGA



Indonesia, walau dimana kita berada pasti kita lihat sekeliling pasti ada sahaja penjaja atau peminta bantuan tanpa diundang.....





Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan meminta bantuan dari para pelancung.. mudahan rezekinya bertambah lipat untuk hari ni...



Contoh terbaik, tidak perlu minta bantuan gratis (percuma) sebaliknya mohon dibeli hasil jualannya walau sekadar keropok aje...





Emmm kesian si nenek tua ini, siapa yang mahu menolongnya!....




Sempat menjual air mineral di perhentian lampu isyarat....








Aku dan family mampir (singgah ) dirumah pemandu ontang anting (kereta sewa). Si Indera Agusta bersama ibu dan sepupunya...




Bertandang di Kawah Putih..Cantek betul pemandangan disini. Tapi awas cuaca disini
sangat sejuk dan udaranya mengandungi sulfur yang memedihkan hidung jika terlalu
lama kita berkunjung disini.











Sempat bergambar dengan artis jalanan yang menggunakan kudrat bakat yang diberikan tanpa meminta secara gratis total..





Pohon kayu putih di Kawah Putih


Bergambar kenangan bersama si bujang dan si bungsu aku di Kawah Putih





Dalam perjalanan pulang ke Hotel sempat snap gambar sawah padi yang berkedudukan
di kawasan bandar Bandung



Tanaman padi tidak bermusim, sentiasa ada walau pun disebelah petak ada yang padinya telah masak dan di petak yang lain pula ditanam semula padinya..




Tanaman daun saderi..



Tanaman strawberi juga ada di tanam di puncak menuju ke Kawah Putih.



Lihatlah perjalanan Macet bangat ( sesak sangat ) banyak kenderaan di Kota Bandung ini





Itik-itik bebas berkeliaran di sawah padi dan penduduk sedang menuai serta membanting padi di bendang... Best sangat dapat melihat suasana permai permatang sawah di Bandung.




Selain mobil dan ontang anting kuda juga dijadikan kenderaan untuk perjalanan dan
menggangkut barang jualan..



Pantang anak aku ni nampak ayam serama...



Inilah harga tambang ontang anting jika kita mahu menaikinya..



Inilah rupanya ontang anting..




Singgah sekejap untuk bergambar di Bangunan Rasmi Kerajaan Bandung



Menghabiskan duit rupiah shoping kejap...




Ah ha... nak tau ye... percaya ke tidak... Inilah Istana Hinggap si penyanyi Peter Pan
Ariel yang heboh pasal dot dot......



Bilik menunggu untuk berlepas pulang dari Bandung ke Kuala Lumpur



Inilah Lapangan Terbang Kota Bandung Bandara Hussien Sastranegara



Menaiki pesawat tambang murah Air Asia aje...



Sempat aku mengambil gambar dari dalam pesawat.. lihatlah kepadatan dan kesesakan
penduduk di Bandung....Selamat tinggal Kota Bandung yang penuh kenangan manis dan kenangan yang pahit.. berbagai-bagai peristiwa dan cerita yang aku perolehi semasa berada di sini selama hampir 4 hari 3 malam...Banyak memberikan aku seribu pengajaran dan panduan yang sukar dilupakan... Insyaallah jika ada kelapangan lagi mungkin aku akan
berkunjung kemari....


********************

LE TOUR D LANGKAWI MENEMPUHI BANDAR SEREMBAN


















**************