Khamis, 14 Oktober 2010

HARI INI NAK CERITA SIKIT PASAL KESAN DARI MEMBUNUH DIRI


"BARANG siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannyaakan menusuk besi itu keperutnya
di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya
maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal di dalamnya dan barang siapa yang menjatuhkan
dirinya atau berbagai-bagai cara untuk membunuh dirinya maka ia akan kekal selama-lamanya di dalam neraka jahanam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Sekitar tahun 1990-an kes bunuh diri yang di laporkan di negara ini kebanyakannya membabitkan masyarakat India. Namun, sejak akhir-akhir ini bilangan orang Melayu Islam yang mengambil tindakan nekad membunuh diri pula kian meningkat. Statistik dalam tempoh 15 tahun lalu, seramai 7 hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Jika dikecilkan angka tersebut, secara purata enam orang daripada rakyat Malaysia mati dengan cara membunuh diri setiap hari. Manakala 2,500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cubaan bunuh diri dilaporkan berlaku dalam jangka masa setahun. Daripada keseluruhan kes tersebut, ia lebih banyak melibatkan kaum wanita.





Tiada faktor logik yang boleh diterima sebab musabab kenapa terjadi kes membunuh diri. Bagaimanapun terdapat faktor tekanan punca yang boleh dikenal pasti sebagai alasan
untuk membunuh diri
. Banyak faktor yang menyumbang kepada tekanan termasuklah masalah
hutang, masalah perhubungan samaada percintaan atau masalah keluarga, faktor akademik
seperti gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, serta juga mendapat
malu yang melampau seperti mengandung luar nikah. Jesteru itu, mereka memilih jalan mudah
iaitu dengan membunuh diri untuk bebas dari segala masalah yang dihadapinya.

Berbagai cara boleh dilakukan untuk menamatkan riwayat, Contohnya seperti mengantung diri,
menggunakan senjata api, menelan racun, terjun dari tempat yang tinggi, mengelar pergelangan
tangan atau pun memilih untuk dilanggar kereta api. Diantara pilihan itu, kebanyakan lelaki
lazimnya memilih cara yang lebih ekstrem, manakala perempuan ' berminat' dengan cara yang
tidak terlalu ganas. Membunuh diri dengan tidak merosakkan fizikal yang terlampau. Sehingga
kini kes menamatkan riwayat dengan cara mengantungkan diri adalah yang kerap dilaporkan
di seluruh dunia.






Pegawai Perubatan di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amin berkata, bunuh diri
dengan mengantungkan diri adalah salah satu cara yang dilihat kematian yang agak memeritkan
kerana disebabkan si mati akan melalui dua FASA utama yang menyakitkan iaitu kesakitan
akibat menggantungkan diri juga kesakitan akibat kehilangan nyawa. Namun, kesakitan yang
dialami si mati boleh diklasifikasikan berlaku dalam kadar yang agak pantas. Kebiasaannya, seorang
yang menggantungkan dirinya akan mati antara 7 hingga 8 minit akibat kesesakan nafas. Kebanyakannya akan pengsan terlebih dahulu kerana darah tersekat dan tidak dapat mengalir ke bahagian otak.





Adakalanya, kematian menggantungkan diri boleh disebabkan kepatahan tulang leher. Ini biasanya
terjadi bila berlaku hentakan kuat pada leher dan tahap kekerasan material yang digunakan.Apabila
berlaku kematian akibat menggantungkan diri bahagian paling bawah iaitu kaki, akan menjadi lebam.
Ini kerana darah akan berkumpul di bahagian tersebut akibat tarikan graviti. Hipotesis itu berlaku
satu jam selepas kematian dan kesan lebam tersebut akan hilang selepas lapan jam. Bahagian yang
lebam biasanya merangkumi kawasan yang agak luas dan berwarna kebiruan kerana ketiadaan udara
di dalam badan.

Kes kematian akibat dicekik, kulit si mati akan melecet di sekeliling leher yang berbentuk seperti bulan
sabit. Manakala jika terjerut tali atau menggantungkan diri, leher mangsa akan melecet mengikut bentuk tali yang digunakan. Lebam berlaku di kawasan melecet akibat luka yang disebabkan salur darah di bawah kulit pecah dan darah tersebut berkumpul diantara sel-sel tisu di bawah kulit.

Kecederaan akibat lebam ini berbeza dengan lebam hipotesis mayat, kerana lebam akibat kecederaan boleh berlaku di mana bahagian badan yang tercedera, manakala lebam hipotesis hanya berlaku dibahagian badan mayat yang paling bawah. Perubahan warna juga berlaku pada lebam akibat dari kecederaan manakala hipotesis mayat kekal dalam warnanya yang asal. Selalunya seseorang yang ingin membunuh diri memilih lokasi yang terpencil untuk melakukan perbuatan tersebut, contohnya seperti di dalam bilik tidur. Kebiasaanya ia di lakukan di hadapan cermin.

Mitos yang sering dikaitkan dengan tabiat ini ialah lidah si mati akan terjelir sehingga keparas dada. Kewajaran ini tidak membuktikan sahih kerana lidah manusia normal tidak mampu mencapai ke tahap itu. Bahkan dalam beberapa kes menggantungkan diri, lidah mangsa langsung tidak terjelir dan hanya tersimpan di dalam mulut.



*************************








Rabu, 13 Oktober 2010

TEKNIK... NYANYI BILA NAK KENA SUNTIKAN


Entah tetiba jer aku teringat kat kisah anak-anak aku semasa dorang kecil-kecil dulu,
Bila tiba waktu untuk buat imunisasi, aku pasti akan bersiap sedia, kerana apa!..
maklumlah anak-anak ni kalau sebut aje pasal nak cucuk ke makan ubat ke, masaallah
susahnya... Sampai kadang-kadang aku naik darah dibuatnya.

Namun jangan katakan kanak-kanak jer, orang dewasa juga apa kurang, ada yang
takutkan jarum suntikan. Sama ada untuk mengambil sampel darah atau memasukkan
ubat ke dalam tubuh. Mereka rela tidak melakukannya, asalkan tidak disuntik.Jarum
panjang yang dipegang doktor akan dilihat umpama senjata berbahaya yang bakal
membunuh. Lucu, tetapi itulah kenyataannya.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana rasa gementar ketika disuntik boleh
menyumbang berlakunya masaalah lain seperti pendarahan berlebihan.Para penyelidik
telah menemui cara terbaik untuk mengatasi rasa gementar tersebut.Apa yang boleh
dilakukan adalah dengan menyanyi sebelum disuntik. Menyanyi lagu riang sebelum
disuntik akan meningkatkan rasa ceria dalam diri dan ia berupaya meneutralkan
rasa gelabah kepada sesuatu yang meriangkan.Tidaklah takut disuntik lagi...



**************************************************






Selasa, 12 Oktober 2010

KHASIAT PROTIN SOYA - BETUL KE TIDAK BAIK UNTUK LELAKI???


Hari ini aku terasa nak bersarapan Tahu Sumbat cicah sos cili bersama dengan Air Kacang Soya.. Keinginan aku ni memaksa aku pergi mencari di Pasar Tani.. Enak kan sesekali kita makan makanan yang berasaskan protin tumbuhan ini. Sambil aku nak bersiap untuk ke Pasar Tani sebentar lagi teringat aku satu artikel dari sebuah majallah kesihatan yang setiap hari aku langgan, mengatakan bahawa "SOYA PUNCA KETIDAK SUBURAN SEORANG LELAKI?"

Aku rasa berkemungkinan atau secara kebetulan. Tapi entahlah yer aku pun bukan pakar perubatan yang boleh membuat analisa seperti tu..




Lelaki yang mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan
soya dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.
Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones
dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita,
estrogen, dipercayai menjadi punca ketidaksuburan
dikalangan lelaki.

Penyelidik Amerika Syarikat mendapati
lelaki yang mengamalkan pengambilan
tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan
sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang
tidak memakannya langsung.
Pengambilan soya secara sederhana semestinya
digalakkan tetapi tidak secara berlebihan
kerana soya juga memberikan kesan positif dalam
aspek kesihatan tubuh badan....

Terpulanglah samaada kita mahu mengamalkannya atau menjauhi diri dari makanan tersebut.......


*****************************


Ahad, 10 Oktober 2010

RAIHLAH HARAPAN


Pusingan tiga puluh darjah
aku buat potongan terbalik
aku rasa perkara mudah
lantas aku biarkan
seolah-olah aku kecundang
namun bukan aku lebih kehadapan!
mengejar waktu yang kian hampir
merenggut masa nan berlalu
siang
mentari memancar bahangnya
perit membakar tubuhku yang kering
keringat mengalir lesu membasahi setiap ruang
tiada nikmat selagi hasil keringat dihalalkan
bukan kerja yang merugikan
Wahai malam
malam yang menakutkan
mengapa engkau tidak kembali lagi
masamu telah berlalu
kerana mencari ilmu
lebih nikmat bagiku
daripada kekayaan
kerana aku dapat kepuasan yang aku capai
Berputaran roda kehidupan ini
menjurus jalan yang tiada berliku
namun aku terus belajar
menyelesaikan masaalah
Lantas kedengaran
Suara goresan pena di atas kertasku
lebih merdu daripada alunan lagu kesyahduan
lebih indah dari tabuhan rebana remaja puteri
sedangkan lembaran tulisanku
menebarkan butiran pasir hikmah
Wahai masa
raihlah harapan dan cita-citamu
haruskah aku tetap terlena selamanya
sehingga mimpiku menjadi kenyataan?..



****************************