Sabtu, 3 April 2010

DOAKU


Rasanya hidup adalah seribu kesyukuran
walaupun usia meningkat kehadapan
Allah memberikan peluang menikmati
keindahan dunia ....

Kesakitan amaran dari NYA
betapa kerdil, betapa besarnya ujian
Maha Suci Ya Allah...

Memanjangkan usia kehidupan
adakah aku bersedia!...
mengadap NYA andainya aku
di jemput secara tiba-tiba..
Cukupkah tanggung jawabku!!..
Amal ibadatku..dapatkah ia
melindungiku.. dari siksaanMU..

Selama ini aku leka.. terus leka
dengan duniawi...
Sentiasa tidak mencukupi..
sentiasa tidak puas........
aku tidak memandang kebawah..
lagakku persis sombong dan
bongkak..

Tatkala ujian getir ku di turunkan
ku sedar rupanya aku masih
alpa.. aku masih leka dibuai
kayalan ini.. Kini ku terbayangkan
akan siksaan MU...Ohhhh
Ya Allah ampunilah dosa aku..
aku lalai aku leka aku hayal..
sebelum kau menutupkan
pandangan dan mematikan
jasadku Ampuni la dosa dan
khilaf ku Ya Rabbi.... aku berserah
dan aku memohon... segalanya
telah tertulis... Moga diperkenankan
segala doa ku...

AMARAHKU


Aku merasa malu dengan Allah,
sentiasa ingatkan diri yang Allah
sentiasa memerhatikan aku..

Apakah aku seorang yang
pemarah..aku harus ingatkan
diriku hanyalah hambanya yang
hina...

Perlukah aku mendiam diriku
dan berdoa mohon ketenangan
darinya!!!...

Pemarah aku, perasaan kecewa
membuak-buak hinggakan
aku merasa sangat dendam
pada musuhku,bayangannya
pasti.....

Seharusnya aku perlu menilai
diri dan wajahku dicermin itu
Ohhh memang buruk sekali
punya sifat marah dan dendam


Ya Allah buangkan sifat tercela
ini....
Terima Kasih TUHAN.....
Engkau telah menutup jalan
keburukan pada diriku.....

Firman Allah:

"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih ialah
orang-orang yang berjalan dipermukaan bumi dengan
rendah hati, dan apabila ada orang jahil yang
mengajaknya bertengkar,mereka balas dengan
ucapan yang bijaksana."

Surah al-Furqan:63.

Jumaat, 2 April 2010

PENAWAR DALAM GENGAMAN







Penawar stres dengan segera??..

Mudah caranya kita mencuba

Raih dan genggamlah tangan

orang yang hampir tidak kira

ianya suami,anak,anggota

keluarga mahupun sahabat,

Ini akan membantu merasa

lebih tenang.Sentuhan tangan

menjadi penawar dan akan

membuat diri berasa seolah-

olah begitu disayangi dan

diperlukan pada bila-bila masa.

Perasaan ini akan membuat

diri berasa lebih tenang dan

dapat membantu mengurangkan

ketegangan.

MUNGKINKAH IANYA BENAR?

KOLEKSI BARANGAN PERIBADI NABI MUHAMMAD saw.

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Masyaallah ya tuhanku.. betapa sederhananya baju kekasihmu dan Rasul umat Islam ini.




Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu
cintakan dunia, layakkah kita untuk masuk Syurga!. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita.

SEBAHAGIAN DARI BAJU GAMIS RASULULLAH YANG TELAH ROBEK



BAJU,TONGKAT DAN BARANG-BARANG RASULULLAH SAW






BEKAS TAPAK KAKI BAGINDA RASULULLAH SAW





SANDAL RASULULLAH SAW




COP SURAT RASMI RASULULLAH SAW



SERBAN-SERBAN YANG PERNAH DIPAKAI OLEH BAGINDA





BEBERAPA HELAI RAMBUT RASULULLAH SAW



MANGKUK TEMPAT MINUM NABI MUHAMMAD SAW



KOTAK MILIK PUTERI TERCINTA NABI SAW,SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA R.A



PENINGGALAN GIGI DAN RAMBUT BAGINDA RASULULLAH SAW



BENDERA RASULULLAH SAW



TOPI PERANG RASULULLAH SAW



BUSUR PANAH RASULULLAH SAW









PEDANG-PEDANG YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH BAGINDA



SURAT NABI SAW KEPADA RAJA MUQAUQAS,MESIR


SURAT RASULULLAH SAW KEPADA RAJA HERACLIUS



SURAT NABI SAW KEPADA KAISAR ROMAWI ABAD KE-7



SURAT NABI SAW KEPADA RAKYAT OMAN,ARAB SELATAN



SURAT NABI SAW KEPADA RAJA NIJASHI,RAJA HABSYAH



MAKAM SITI AMINAH,IBUNDA RASULULLAH SAW



BUTIRAN PASIR YANG DIAMBIL DARI MAKAM NABI MUHAMMAD SAW


PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki,
Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat
merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga
kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih
Allah …

Khamis, 1 April 2010

KUCING KUCING KU

Boring betulla ari ni.. baik mandikan kucing-kucingku.. sian hampir seminggu mereka tidak dimandikan.. Ini Memet memang suka di shampo dan gosok-gosok gitu


Mmmm lepas di shampo Memet pasti nak berendam dalam baldi kesayangan dia tu.. Lihatlah
Memet berendam cam dalam tab mandi jer...kenyit-kenyit mata lagi...


Ni seekor lagi kucingku..Memeng. Bila nak mandi pasti dilumuri dengan shampo dulu dan urut-urutkan badannya...


Pasti kena berendam juga ...baru puas mandi......


Selepas bermandi manda dan berendam memeng mesti dilapkan bulunya kerana bulunya tebal sikit..


Wahhh selesanya sudah mandi... nak berehat la pulak...Hai memeng masih mengelap lagi bulunya... dan memet lak cam mengantuk jer..

Rabu, 31 Mac 2010

SIAPA YANG BENAR


Tiada sesiapa menafikan keegoan seorang lelaki
Lelaki tidak boleh hidup tanpa sifat ego mereka
Apabila berada dalam situasi tegang sifat ingin
menguasai serta tidak pernah mengalah mem-
buat lelaki berasa mereka seolah-olah hebat dan
sangat berkuasa.

Sebenarnya naluri tersebut hadir secara semula
jadi dan jangan dicuba menafikannya.Memang
wanita sukar menyelami hati lelaki tetapi
lelaki mempunyai kelemahan terhadap wanita
yang sukar dielak iaitu sifat manja wanita, pujuk
rayu dan tangisan seorang wanita.

Lelaki juga amat memahami dan sayangkan
wanita apabila mereka telah jatuh cinta.
Ingat lelaki juga adalah insan biasa juga
apabila mereka kecewa mereka tidak terus
melupakan wanita tersebut. Biarpun mereka
tetap akan merasa perit diatas perpisahan
itu.

Wanita juga tidak kurang sifatnya juga.
Apabila dia dikecewakan oleh lelaki wanita
akan bertindak lebih matang.Selalunya wanita
tidak berupaya untuk menyelesaikan
segala masaalah apabila dikecewakan kerana
mereka akan menanggong segala tanggung
jawab yang ada.Mereka tidak sanggup untuk
membiarkan orang yang mereka sayang
terbiar dan tanpa perhatian.

Selasa, 30 Mac 2010

MALANGNYA


6.40 pagi rutin ku hari ini.. menghantar anak sulungku ke Hospital Tuanku Jaafar.
Hari ini aku kena melangsaikan segala macam bayaran bil-bil yang belum berbayar
untuk bulan March ini.Aku mula memandu kereta ke Majlis Perbandaran
Seremban dan pusing-pusing keliling untuk mencari parking.

Dapatlah satu lorong dibelakang MPS bersebelahan bangunan Wisma Persekutuan
dan meletakkan kereta ditempat yang dikhaskan untuk pelawat.mmmm selesai
membayar tunggakan cukai pintu aku bergegas pulang ke kereta untuk menuju
ke Pejabat Tanah di Seremban 2 pulak.

Bedegang???????? apatu... ya Allah aku telah melanggar sesuatu.Adussss mampus
aku.. kemik dah kereta .. mengeletar satu badan.aku keluar dari kereta untuk melihat
apa yang berlaku...mmm memang sah aku telah terlanggar batu penghadang longkang
..apa la aku hari ni..tapi nasib baik lah kereta tidak kemek. Terpandang pula kakiku
OHHHHHHH TIDAKKKK rupenya aku telah terpakai kasut berlainan warna.Sebelah putih sebelah lagi hitam.,malunyaaaa dah la aku pergi ke Pejabat Majlis Perbandaran Seremban dengan berkasutkan satu hitam dan satu putih..

Patutlah orang memandangku dengan pandang yang menjelikkan. Aku masih tidak
perasan juga..Naya betul la aku hari ini. Kalau dari rumahlah aku perhatikan kasut
mana aku pakai tentu tak jadi camni ,memang malang betul dah la kereta
melanggar batu pakai pulak kasut berlainan warna,tapi apa nak buat benda dah
berlaku aku tak boleh undur balik.. Tebalkan sahaja muka yang sedia tebal ni hehehe..

Jadi aku balik semula ke rumah untuk menukarkan kasut yang sepesen ni, untuk
meneruskan kerja aku yang belum selesai. Hari ini memang malang bagi ku.. secara
tidak langsung aku menghargai juga pengalaman ini kerana itu menyebabkan kita
tidak terlalu tergopoh gapah bila melakukan sesuatu pekerjaaan. Berhati-hati dalam
setiap tindak tanduk kita..

TIBA-TIBA


Hari ni awal betul aku bangun. Aku teringat satu pesanan dari arwah Abah..
"Tiga perkara yang membinasakan: Kekikiran yang diperturutkan, hawa nafsu
yang dilayan dan kekaguman terhadap dirinya sendiri".

Kenapa erk.. ucapan itu tetiba je menjelma dalam fikiranku hari ini....
Aku merasakan bayangan Abah menyelinap dalam tubuhku..
mungkin arwah marahkan aku kerana lalai akan nasihatnya!!

Ataukah aku telah lupa segala janjiku padanya dulu...
Terkesima sebentar.. aku terkedu .. aku terduduk.. aku terdampar..
aku terharu.. aku tidak menyedari air mata mengalir di pipiku..
Kenapa ketika ini pulak wajah Abah menjelma dalam fikiranku!!

Hampir 24 tahun Abah meninggalkan aku.. ketika itu aku masih lagi
dahagakan kasihmu abah...mmm kasihmu terhadapku sukar untuk ku
ucapkan kerana terlalu agongnya cintaku padamu abah.. Ketika itu aku
hilang arah tujuan.. aku rasa duniaku gelap..

Tatkala aku masih perlukanmu Abah, Kau pergi tanpa relaku..
Namun aku perlu pasrah dan redha akan kepergianmu Abah..
Aku tahu deritamu teramat sangat hidup dalam keperitan dan
kesengsaraan..

Pergilah Abah...Tuhan lebih menyayangimu..Aku diatas ini hanya
mampu berdoa dan bertasbih kepada Allah moga roh Abah disana
akan bahagia dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang
di kasihi......

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau jadikan lah aku insan yang selalu
menghargai hidup ini, jauhilah aku dari kelalaian dan jauhilah aku
dari segala kemurkaanmu ....

Isnin, 29 Mac 2010

DIRI KITA


Kita bukan Tuhan

yang berupaya mencantumkan

Harapan dan takdir menjadi

SATU

Kita juga bukan malaikat yang

patuh dan taat setia dengan

ketentuanNYA

Kita juga bukan Nabi

yang maksum lagi suci.

Kita juga bukan haiwan

yang tidak mengenal baik dan buruk

Kita juga bukan syaitan

yang di Laknat

Namun kita adalah manusia biasa

yang seringkali mewujudkan

kemurkaan Allah.

Ahad, 28 Mac 2010

MIMPI DAN SEDARKU




Aku berasa amat penat ,kesakitan ku mula menyelinap di seluruh urat nadiku,
ku cuba bangun sendirian,tapi masih lemah, selepas aku mengadap komputer
kesayanganku aku cuba baringkan diri di sofa, terlelap seketika, lalu kuterjaga
,mmm malam ini lenaku terganggu,aku bergerak semula ke meja komputerku,
aduhhhh masih lagi terasa perit dan panas dadaku.. ohh ku gagahi juga..

Fikiranku bercelaru.Cepatnya masa berlalu, tanpa kusedari hari-hari yang
bergerak begitu pantas,jauh meninggalkan aku.,aku rasakan ada sesuatu yang
memberatkan fikiranku,aku melanggut depan monitor sambil meditasi otak,berasa
tenang, tetapi hanya seketika waktu aje.mmm..

Entahlah apa yang aku tengah fikirkan, sesuatu yang tidak pernah aku alami!!
mmm keluhan ku semakin panjang.Ku pejamkan mata seketika,aku menerawang
fantasi ke alam yang lebih luas, Aku cuba dan terus mencuba, adakah ini sebenarnya
diriku? atau adakah aku yang akan hilang dimamah usia, adakah aku juga
masih seperti aku yang dulu?..

Aku masih membayangkan sesuatu yang indah, yang sedang aku lalui semalam.
...gila kah aku??? tak tercapai akalku.. aku masih lihat bayangannya, didepan mataku.
senang sekali, asyik sekali tapi akhirnya aku terpana.Aku terkujur longlai dalam
angananku sendiri. Nasib baik aku tak terjatuh dari kerusi, jika tidak aku sudah
jadi macam nangka busuk terjelepuk atas lantai.

Ehh rupanya aku mengelamun..tak kusedari sudah tiba waktuku untuk berkhalwat
mengadap PADANYA, aku ingin memohon keampunan dariNYA semuga diriku
di jauhi dari segala kemungkinan dikuatkan imanku untuk tidak melupaiNYA dan
diberikan kesihatan yang sempurna. Benar aku masih terasa perit dadaku ini.. Hanya
padaNYA tempatku bergantung harap.Kekuatan ku semakin beransur pulih, aku kena
kuatkan semangat, aku tidak mahu lemah lagi,aku kena berusaha sedaya upayaku
segala yang kutanggung ini akan lenyap, alhamdulillah padaNYA..

Sebentar lagi aku akan ke Kuala Lumpur untuk mencari sesuatu..biarlah apa yang
akan aku cari dipermudahkan,harap-harap ianya akan mendatangkan hasil yang
mengembirakan aku....Mudah-mudahan ......