Ahad, 9 Mac 2014

TRAGEDI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370 BOEING 777-200

Pada tarikh 8hb Mac 2014... waktu pagi selalu nya aku akan membuka handphone aku untuk membaca online Utusan Malaysia dan online Berita Harian. Tajuk utama pagi Sabtu Kehilangan Pesawat Airlines MH370 dengan membawa seramai 239 orang penumpang termasuk anak kapal, penerbangan Kuala Lumpur-Beijing.






Apa yang diketahui pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang telah berusia 11.8 tahun. Mengikut purata, pesawat MAS Boeing 777 boleh beroperasi selama 14.2 tahun. Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan paling popular dan selamat serta berkemampuan terbang selama 16 jam dan selamat beroperasi selama 19 tahun sehingga tahun 2013.

Rasa terharu, sedih dan berbagai perasaan terpendam dalam benak.. aku terfikir bagaimanakah nasib kesemua penumpang yang berada dalam perut pesawat tersebut. Lalu aku terus teringatkan peristiwa pada Isnin 4 Disember 1977 pesawat MH653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama 7 anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.


Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dan titik hentamannya. Kegemparan itu mengejutkan sekelian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada yang berani bergegas ketempat kejadian.

[3.jpg]



Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian Datok Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datok Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.Selain itu juga dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam nahas pesawat yang di pandu juruterbang Kapten G.K Ganjoor dan pembantunya Kamarulzaman Jalil.

[7.jpg]
Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi seluas 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama 'padang jarak padang terkukur' apabila banyak pohon bakau dikawkaksan itu tercabut dan patah dilanda pesawat. Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan segera dan ketika itu juga pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu. 

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan sahaja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.Perbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merta arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan. Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dasyat tercatat dalam sejarah hitam negara.



krew

 Menurut berita yang di tulis di laman Utusan dan Berita Harian online, pesawat telah berlepas pada 12.41 pagi serta membawa 227 orang penumpang serta 12 orang anak kapal. Selepas itu pesawat terputus hubungan pada 2.40 pagi Malaysia. Tiada tanda kecemasan diterima, itu yang menjadi tandatanya sehingga lewat 24jam kejadian berlaku...Setakat ini senarai krew cabin yang terlibat dengan pesawat MH370 seramai 12 anak kapal termasuk Kapten Zaharie Ahmad Shah 53 tahun, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi dan dibantu oleh Pegawai Pertama , Fariq Abd Hamid 27 tahun, yang mula menyertai MAS sejak 7 tahun lalu.

Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, AAndrew Nari,Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chein, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

Sehingga berita ini aku tulis tiada apa-apa perkembangan berlaku dan masih lagi usaha mencari dan menyelamat dari berbagai negara luar dan dalam negeri .Semuga Allah menerima doa setiap hambanya semuga semua penumpang dan krew pesawat MH370 ini selamat kembali seperti sedia kala dan harapan setiap ahli keluarga serta setiap negara sentiasa mendapat rahmat Allah..