Khamis, 6 Mei 2010

ILUSI


Semalam aku ligat..
kehulu kehilir
macam lipas kudung
tak menang tangan..
macamlah tangan yang dua ini
telah hilang pulak..

Tiba-tiba sekilat lalu
seperti ada orang yang
menghunus senjata
terasa perit dan pedih
jantungku seakan terhenti
segala urat nadiku
tidak berfungsi lagi

aku hilang kawalan
terhoyong hayang mengimbangi
tubuh kerdil ku
apakah aku akan pergi
pabila melihat merah di dadaku
aliran itu deras mengalir
bagai sungai
apakah sudah hilang upaya
atau aku bermimpi?..

...................................................

Tiada ulasan: