Sabtu, 8 Mei 2010

BONDA


Guru pertama seorang anak adalah bunda..
kerana dari alam kandungan anak dibelai
anak diberikan kasih dan sayang tidak
terhingga....

setiap anak yang lahir suci dan bersih..
sebagai bunda yang menentukan watak
anak itu yahudi,nasrani ataupun majusi....

tanggungjawab menyediakan kehidupan..
membesarkan , mendidik dan menjana akhlak..
bunda idola, anak berbangga menjadi seorang
anak yang terpuji sahsiah..

realitinya anak-anak akan berbangga...
punya bunda yang penyayang ,pengasih
toleransi dan berkeyakinan....
anak akan jadi insan yang kamil.
anak akan jadi insan yang solehin..

betapa berat bahu memikul..
berat juga mata yang memandang..
pengorbanan bunda yang tiada
noktahnya...
berikan kasihmu dan sayangmu..
lebih dari yang engkau mampu..

jasa bunda tidak ada dua atau tiga
pada tuhan berdoa agar bunda..
bahagia dan selamat ...
kebahagian bunda adalah anugerah
dari seorang anak yang menghargai..
jasa dan budi mu bunda.....

..........................................................................

Tiada ulasan: