Isnin, 15 Mac 2010

GADIS YANG BERNAMA SUFIAH





Masih ingat lagi gadis yang bernama Sufiah Yusuf???.. gadis yang bijak dan pandai , tetapi kepandaiannya disalah gunakan..kecerdikannya yang tidak dipergunakan sebaik-baiknya....

GENIUS matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Malaysia kini menjual tubuh di Britain dengan nama samarannya adalah Shilpa Lee. Sufiah kini menawarkan diri untuk tubuhnya dijual dalam laman web.

Menerusi laman web itu, dia mempromosikan bentuk saiz badannya dan tempahan perkhidmatannya boleh dilakukan pada setiap hari bermula pada pukul 11 pagi hingga lapan malam.Dia mendakwa dirinya seorang wanita yang seksi, pelajar pintar yang memilih lelaki budiman tetapi lebih tua.

Bagaimanapun, seorang bekas teman lelakinya menyatakan: "Dengan kecerdasan otaknya yang mengagumkan, dia sepatutnya boleh membuat wang menerusi cara yang dia mahukan."Bagaimanapun, kehidupannya tidak lagi dapat dikawal."

Sufiah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu di Salford, Manchester dan kini ia adalah tragedi baru yang dihadapinya selepas dia bergambar dengan topi siswa di luar Kolej St. Hilda, Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.

Pendedahan itu berlaku selepas bapanya, Farooq dari Pakistan yang berkahwin dengan Halimahton iaitu wanita kelahiran Johor, Malaysia, dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap dua perempuan berumur 15 tahun ketika dia mengajar mereka dalam tuisyen matematik.

Kehidupan Sufiah kerap dilanda masalah tetapi dia berjaya lulus dalam peperiksaan matematik AL-Level yang diperlukan untuk memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Ketika itu, dia merupakan seorang kanak-kanak yang taat dengan ajaran agama dan bersolat lima kali sehari selain menjadi subjek teknik pembelajaran kanak-kanak pintar yang dicipta oleh bapanya.Dia juga belajar dengan kuat dan dipaksa bermain tenis dan dia menjadi pilihan kelapan di Britain bagi kategori pemain di bawah 21 tahun.

Bagaimanapun, tiga tahun di Oxford, Sufiah menyebabkan polis melancarkan operasi memburunya selepas dia melarikan diri dari universiti berkenaan.Ketika ini, bapanya mendakwa Sufiah diculik dan fikirannya ditekan oleh sebuah pertubuhan yang mencari punca kepintarannya.

Namun, Sufiah mengambarkan kehidupannya yang dikawal oleh bapanya sebagai 'hidup di neraka,' sudah mencukupi untuk menghadapi penderaan fizikal dan emosi selama 15 tahun.Sufiah hilang selama dua minggu sebelum dia ditemui di sebuah kafe internet di Bournemouth di mana dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Sufiah kemudian kembali ke Universiti Oxford untuk menghabiskan tahun terakhirnya dalam sarjana Matematik.Bagaimanapun, dia gagal menamatkan pelajaran selepas bertemu dengan seorang peguam muda, Jonathan Marshall.Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berumur 19 tahun dan Jonathan berusia 24 tahun.

Ibu bapa Sufiah dan adik-adiknya tidak hadir dalam majlis perkahwinan itu walaupun diundang.Namun, perkahwinan itu hancur dan mereka bercerai setahun kemudian.Kini, dalam sebuah flat kecil, dia menggunakan tubuhnya untuk membayar sewa.Wanita itu hanya memakai skirt pendek, kasut kulit dan baju ketat.Dia membawa tiga telefon bimbit.Dia memberitahu kadar sewa adalah £130 (RM828.99) sejam dan kemudian memasang muzik dengan menggunakan alat permainan muzik murah.

Sufiah memberitahu bahawa dia kini belajar sarjana Ekonomi sebagai pelajar sambilan di London selama dua tahun.Dia juga memberitahu bahawa peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.

Kesihan.. gadis yang begitu pintar tetapi terjebak kedalam kancah sosial yang merosakkan diri dan masa depannya.. hanya waktu dan nasib sahajalah yang menentukan..



Tiada ulasan: