Selasa, 16 Mac 2010

BANDAR RAHSIA GUA PEPERANGAN VIETNAM


Selepas tiga dekad, gua rahsia yang pernah menjadi tempat persembunyian ribuan pemimpin Laos ketika Amerika Syarikat (AS) menyerang Vietnam, kini menarik para pelancong untuk diterokai.


GUA-GUA di Viengxay menjadi kubu yang menyelamatkan ribuan pejuang revolusi Laos.

TERSOROK jauh ke dalam hutan yang dilitupi dengan gunung-ganang di utara Laos, ia menjadi lokasi kepada sebuah gua rahsia yang tidak ubah seperti sebuah bandar.

Menjadi tempat persembunyian yang sukar ditembusi, bandar gua itu telah menjadi penyelamat kepada ribuan pemimpin revolusi Laos selama hampir 10 tahun ketika Amerika Syarikat (AS) menyerang Vietnam.

Kini selepas 30 tahun konflik itu berakhir, negara komunis itu akhirnya telah membuka rahsia mereka itu. Tetapi ia bukan dengan niat untuk memalukan AS sebaliknya menjadi pintu kepada pelancongan pasca perang.

Tarikan sejarah yang sangat tinggi diharap menjadi pemangkin kepada ekonomi dan melonjakkan taraf hidup yang lebih baik penduduk di kawasan itu kerana kemiskinan.

Jaringan gua-gua di situ mencecah 500 buah dan ia menjadi kediaman kepada lebih 23,000 orang. Menariknya, ia digelar bandar gua kerana mempunyai kemudahan bagaikan sebuah pekan atau bandar.

Digerakkan dengan bekalan elektrik, gua tersebut juga mempunyai kedai, sekolah, sebuah penerbitan akhbar dan sebuah hospital yang terdiri daripada doktor dari Cuba.

Ratusan askar dan penduduk kampung membina kediaman di sebuah gua besar dipanggil Gua Gajah di mana filem-filem propaganda disiarkan di situ.

Tidak ketinggalan filem-filem daripada negara sosialis lain ditayangkan di situ untuk meningkatkan moral penghuni gua tersebut.

Sebuah gua kecil yang dihubungkan dengan beberapa terowong adalah kediaman kepada Ketua Parti Komunis, Kaysone Phomvihane dan orang kanannya.

Kedudukan mereka berdekatan dengan khemah kecemasan yang mempunyai mesin bekalan oksigen buatan Rusia yang menjadi persediaan sekiranya berlaku serangan. Bagaimanapun ia tidak pernah digunakan kerana serangan tidak pernah tercetus sehingga ke kawasan itu.

"Ini ialah tempat kelahiran kepada Laos yang moden," .Kebanyakan pemimpin dan ahli revolusi tinggal dan belajar di sini."


HANYA selepas tiga dekad gua-gua ini membuka pintu kepada orang luar.

Lokasi itu yang turut dipenuhi dengan landskap gunung-ganang dan sawah padi, menjadi antara tempat yang menerima 'hujan' bom paling banyak di dunia apabila jet AS mensasarkan pejuang Pathet Lao dan laluan bekalan makanan utara Vietnam antara tahun 1964 hingga 1973.

"Antara pukul 6 pagi hingga 5 petang selama lapan hingga 10 minit, jet AS akan mengebom sekitar kawasan ini. Pada pukul 7 petang mereka datang lagi tetapi untuk menjatuhkan roket.

Selama berdekad selepas perang yang berakhir dengan kemenangan kepada pihak komunis pada tahun 1975 di Vietnam, Cambodia dan Laos, kawasan itu kekal menjadi lokasi yang tidak boleh dimasuki oleh orang luar.

Selepas Laos membuka pintu negaranya kepada orang luar sekitar tahun 1990-an, pelancong backpacker mula menuju ke Viengxay, dua hari perjalanan dengan kereta dari Vientiane di timur laut wilayah Houapanh dan 55 kilometer dari sempadan Vietnam.

Laos amat berharap dengan pembukaan gua-gua di Viengxay secara meluas dapat menarik perhatian orang luar yang mungkin dapat menukar wajah kawasan itu daripada tapak perang kepada lokasi bertemakan pelancongan.

Terowong Cu Chi di Vietnam dan kawasan pembunuhan beramai-ramai kejam di Kemboja yang kini menjadi tumpuan pelancong,Walaubagaimanapun, setakat ini Laos hanya membuka tujuh buah gua dengan kebanyakannya adalah kediaman kepada pemimpin-pemimpin komunis di mana antara artifak yang boleh dilihat termasuklah lampu kerosin, tempat tidur, tempat memasak, pinggan mangkuk, radio dan sebagainya.Yang pasti kawasan pergunungan itu masih menyimpan banyak rahsia dan misteri. Ia kini memerlukan suntikan dana lebih besar daripada pihak luar untuk membolehkan kemudahan infrastruktur lebih baik disediakan.

"Tidak ramai pelancong yang mengunjungi Viengxay kerana kesukaran perjalanan"Apa yang diperlukan Viengxay kini ialah pembangunan ekonomi memandangkan Houapanh adalah wilayah paling miskin di Laos,"


PEMBUKAAN Viengxay kepada pelancong dunia diharap boleh menjana ekonomi penduduknya.


Tiada ulasan: