Khamis, 8 April 2010

SEHARUSNYA SABAR


Sahabat Rasulullah, Salman al-Farisi tidak pernah mempedulikan maki-hamun orang terhadapnya.Setiap kali mendengar cemuhan dan maki-hamun orang,dia cuba menahan marah dan sekadar berkata,

"Kalau ringan timbangan amalanku,maka tentulah aku lebih jahat daripada apa yang engkau katakan.Dan sekiranya berat timbangan amalanku,maka tidaklah mendatangkan mudarat kepadaku apa yang engkau katakan itu."

Begitu juga ulama Ar-Rabi' bin Khaitha, apabila dimarahi orang dia sama sekali tidak melawan,sebaliknya hanyak menjawab,

"Saudara,sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata engkau.Sekiranya aku dapat memotongnya,maka tidaklah mendatangkan mudarat yang apa yang engkau katakan ini.Dan sekiranya aku tidak dapat menolongnya,maka aku ini lebih jahat daripada apa yang engkau katakan."

Ulama Asy-Sya'bi pula pernah dimaki-hamun oleh seorang lelaki.Dia bukan sahaja tidak marah,malah telah mendoakan lelaki yang memakinya itu. Katanya kepada lelaki itu,

"Sekiranya engkau benar,maka kiranya Allah mengampunkan dosaku.Dan sekiranya engkau dusta,maka kiranya Allah mengampunkan dosa engkau."

Aku sendiri boleh mencontohi mereka-mereka ini bila kemuncak kemarahan tidak boleh dikawal... mereka juga manusia seperti aku punya kesabaran dan keihklasan, kenapa aku tidak mencontohi mereka sewaktu emosi aku bergelora dan memberontak!....Semoga aku diberi hidayah dan dirahmati serta dijauhi dari kalangan orang-orang yang dimurkai.

1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

terima kasih atas kunjungan ke blog saya.semuga kita terus menjadi kawan disini.salam.zeza