Jumaat, 9 April 2010

SUAMI JAUH DIMATA SENTIASA DEKAT DIHATI


Tatkala mencari rezeki
menyara anak dan isteri
suami berkorban berjauhan
jauh nun dari keluarga
meninggalkan kasih dua insan
anak dan isteri tercinta
betapa kian lamanya
bukan untuk sehari dua
namun hingga sepurnama
juga pepatah mengatakan
sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..

Pengorbananmu
wahai suami
kau tetap mengorbankan
jiwa dan ragamu demi
sesuap rezeki dari pemberianNya
kau tinggalkan mereka
orang
yang engkau sayangi
pergi mu untuk kemenangan
kerana engkau perlu tabah
kuat, berdikari lantas
engkau juga umpama

LILIN

menerangi orang lain
walaupun engkau dalam
kegelapan
engkau suami punya hati
nan luhur untuk kebaikan


Betapa sukarnya kehidupan
keseorangan berpisah
bukan untuk mencari
keseronokan semata..
namun demi kasih sayang
engkau rela dirimu menjadi
pejuang yang berjuang dimedan
pertempuran melawan
hawa dan nafsu
demi sesuap nasi
demi kebahgian zuriatmu
Pengorbanan mu wahai suami
Pada yang Esa doa di pohonkan
moga engkau berbahagia
setia,walaupun jauh dimata
tidak bermakna jauh dihati
semakin jauh dirimu
semakin kuat cinta dan
kesetiaan yang pernah
dilafazkan.

Semuga kesetiaan dan
pengorbanan tidak akan
dipersia-siakan.

................................................................

3 ulasan:

zeza berkata...

suami begini cuma boleh dibilang dgn jari.iklas tinggalkan anak isteri unk menari rezeki

SEKALUNG BICARA berkata...

Salam zeza.. kadang2 kita rasa keikhlasan suami cuma depan kita aje.. disebaliknya mereka bukan sebenarnya ikhlas...kebanyakan suami tidak jujur dan bermain kayu tiga dibelakang isteri yang benar2 menyayangi mereka.

Kerana dek kesetiaan kita sebagai isterilah kita selalu jadi mangsa keadaan.. biar macammana sekalipun apa yang mereka lakukan semua pasti tidak akan kekal selamanya.Akhirnya mereka akan berlutut juga kepangkuan kita bila mereka telah dikecewakan atau ditimpa musibah....

zeza berkata...

hmmm..mmg betul.bila susah kisteri dicari
bila senang isteri diketepi
bukan benci
tapi yang lain menanti
konon itulah cinta dicari
isteri tak dipandang lg

kita isteri yang makan hati.....