Sabtu, 10 April 2010

KEMBARA PULANGLAH..


Kau bagaikan kembara jalanan
mencari-cari secangkir kebenaran
menilai cerita lakunan manusia
di atas pentas dunia sementara
mengapa kau tidak mencuba
sujud di tikar solatmu?
setelah sekian lama dimamah usang
di makan dek usia zaman berzaman


Ketika kau diludahi kehinaan
kau salahkan dunia durjana itu
tanpa menyedari kealpaan diri
tersalah langkah dalam memilih
antara duniawi dan ukhrawi
perlukah kau terus menerus
melayari bahtera kerakusan dunia
tanpa berlabuh dipulau keinsafan
sedangkan sauh hidayah hampir
mencapai
didasar lautan ketakwaan

Namun egois itu menguasai jiwa
kau tetap berdiri di situ
tanpa perisai cahaya keimanan
sedangkan di sana
iblis laknatullah bersorak kegembiraan
pulanglah.. wahai hamba Allah yang
daif
cukuplah kudrat khilafmu disana
aku disini menanti kepulanganmu
setia memberi petunjukkan arah
agar kau mengerti bahawa
langit Tuhan itu masih terbentang luas
menerima doa taubatmu.


.........................................................................

Tiada ulasan: