Rabu, 7 April 2010

MUNGKIN SAYA SEMAKIN TUA


Apakah saya sudah tua?, pelikkan.. saya bertanyakan soalan pada diri sendiri.
Ketawa gembira ada dan hendak menangis pun ada juga.Sekian lamanya saya
hidup, dan saya pasti adakah saya betul-betul tua.

Kata orang, usia itu hanyalah angka.Saya setuju, sekiranya usia itu dikira menerusi
angka,lebih sukar untuk menentukan adakah sudah tua atau masih muda.Jika ditakdirkan
saya akan mengakhiri hayat usia 60 tahun tentulah sekarang saya sudah dikira tua.Dan
sekiranya jangka hayat saya akan luput pada usia 90 tahun atau 100 tahun, maka usia
saya dikira baru separuh usia,masih muda.

Maka teringat saya semasa usia 12 tahun, dikampong dulu-dulu.Hidup penuh dengan
keceriaan,nakal budak-budak kampong.Tidak kira pagi petang,tidak berkasut,tidak
berselipar,saya suka berkawan dengan budak lelaki,saya akan meredah belukar,saya
akan meredah semak samun,paya dan bukit bukau.Di belukar saya akan main nyorok-
nyorok dengan budak-budak lelaki,main polis sentri,main baling kasut,panjat pokok
dan main pondok-pondok.Kadang-kadang saya tersandung jatuh luka kaki saya tidak
kisah kerana keseronokan bermain.

Tatkala hendak pulang kerumah saya selalu singgah di tepi sungai untuk memetik
pucuk paku lantas tiba-tiba saya dan budak-budak lelaki akan tercium
bau harum,itu mesti bau rezeki, dibawah pohon kelapa sawit kami akan menemui cendawan
busut, yang berwarna putih seperti kapas mengembang dan mengucup,kami akan berebut-
rebut mengutip rezeki itu. Bila pulang kerumah pasti kedua arwah abah dan mak saya
tersenyum panjang melihat saya menjenjeng pucul paku dan cendawan busut yang dikutip
diladang.

Memang nakal saya ketika itu, tapi bila waktu malam saya diwajibkan untuk mengaji Al-Quran
dan belajar fardu ain,Siap badan akan berbirat jika saya tidak dapat membaca dengan
betul setiap ayat-ayat yang saya baca.Saya masih ingat arwah emak saya akan memasakkan
makanan kegemaran saya sewaktu hendak makan malam.Bila selesai semua adik-adik akan berlumba-lumba mencari port untuk tidor. Gembira tatkala itu dengan keriuhan adik-adik saya.

Apabila saya telah memasuki sekolah menengah saya tidak dapat lagi merasai suasana tersebut kerana saya sudah memasuki asrama. Hidup diasrama bagaikan penjara bagi saya. Saya selalu teringatkan kawan-kawan saya dikampong, tentu mereka juga seperti saya. Membawa haluan dan cita-cita masing-masing. Tetapi pabila ada masa terluang saya dan kawan-kawan saya akan berkumpul semula.. Namun masa telah berubah... saya mulai merasa malu dan segan kepada kawan-kawan lelaki sepermainan saya. Kami sudah besar dan terasa asing, namun keakhraban tersebut hanya terjalin sekadar rakan-rakan semasa kecil sahaja. Bila menginjak usia remaja kenangan indah itu pasti tidak boleh saya lupai. Kini selepas tamat persekolahan saya memasuki alam pekerjaan. Suasana amat berbeza dan komitmen terhadap pekerjaan perlu di berikan perhatian.

Begitu jugalah saya hanya sebagai insan, hidup saya perlukan teman dan apabila saya telah berumah tangga dan mempunyai empat orang anak, saya mulai merasa kesunyian dengan suasana waktu kanak-kanak dahulu. Kini saya merasa diri saya semakin berusia kerana kesemua anak-anak saya telah meningkat dewasa dan mereka mempunyai hala tuju dan cita-cita mereka. Kadang-kadang terasa juga diri dipinggirkan, tapi saya pastikan diri saya tidak dimamah usia dengan tiada membuat sebarang aktiviti, saya pastikan diri saya sentiasa sihat dengan melakukan riadah selepas subuh, dan bercampur diri saya dengan masyarakat sekeliling saya.Jadi sekarang barulah saya merasakan diri saya sebenarnya masih belum lagi tua... saya masih kuat dan sihat.....semuga diri saya akan tetap ceria dan gembira disamping keluarga saya...

2 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

salam.semuga kita sentiasa berada dijalan yang benar.lumrah kehidupan ...kita tak dapat lari dari hakikat.hanya bagaimana kita nak hadapinya...janagan merasa kita tua sebelum kita benar benar tua.sihat.cergas dan masih tenaga macm org muda...dan anaggaplah kita ni muda.selamat berkenalan..kunjungilah blog saya yang sekadar melepaskan keluhan....salam zeza

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam zeza... saya bukan menganggap diri saya sudah tua, cuma saya memandang dan merenung betapa saya akan menuju suasana itu.Apakah diri saya sudah lengkap bila keadaan itu saya hadapi nanti.Mmmmm sebagai hambanya kedaifan dan kekurangan diri membuatkan saya terkesima..Tapi syukur saya masih sihat dan kuat untuk meneruskan kehidupan saya insyaallah... saya akan memerhatikan ruangan zeza dan kita sama-sama berkongsi pengalaman dan sejarah kehidupan kita... terima kasih sekali lagi... dan salam perkenalan juga dari saya...