Ahad, 28 Februari 2010

APA SYOKNYA BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

FF
Fenomena baru yang melanda kini dan merisaukan semua pihak ialah gejala buta cinta yang boleh membawa kepada gejala-gejala sosial yang lain.Ya memang cinta itu buta tetapi tidak kira yang celik dan berakal sudah patut boleh menilai implikasi sebab dan akibat dari segala perbuatan yang kita lakukan.Demi kepuasan hati dan nafsu seseorang itu sanggup hilang maruah dan nilai diri demi kerana cinta terlarang.Bila nafsu menguasai diri,maka akal mula diketepikan,kemudian keluarlah hujah yang biasa didengari iaitu jodoh ditangan Tuhan.Memang tidak dinafikan,namun pernahkan terfikir kenapa ada syurga dan neraka.Maksudnya dalam perjalanan kehidupan ini manusia mempunyai kuasa memilih di antara buruk dan baik.Segalanya adalah berbalik kepada niat dan kemahuan kita.

Kenapa ...peliknya ada pada manusia ini "sukakan hak orang lain" seperti seorang perompak yang tidak tahu menghormati hak orang lain. Aku melihat gejala ini tidak patut lagi kerana suka atau bercinta dengan suami orang seperti tidak mempunyai moral dan harga diri.Minda yang sempit dan terperangkap dalam jiwa dan perasaan mereka sendiri.Aku rasa amat kejam tidak berperikemanusiaan.Tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak bercita rasa.

Perlukan kita hidup dengan berkongsi kasih sayang yang telah disemai oleh orang lain tanpa kita memperdulikan perasaan dari pihak lain. Perlukah juga kita mengecewakan kasih sayang dari pihak pertama kerana keegoan kita memiliki harta orang lain???? Apakah nikmatnya berkongsi kasih sayang ??.. hemmmm memang mudah berkata lelaki mampu berkahwin sehingga empat orang!... tapi kena ingatlah kasih sayang,tanggongjawab,nafkah zahir batin serta perasaan adakah boleh di seimbangkan!!!. Perkahwinan ini bukan semata-mata kerana nafsu,

Fikirlah bahagiakah mendirikan istana cinta di atas runtuhan masjid yang telah sekian lama dibina.Lenakah tidur dikala para isteri dan anak-anaknya menangis kerana hilangnya suami dan ayah di pangkuan mereka.Senanglah dikala kita bermewah dengan suami orang lain isterinya bergolok bergadai membesarkan anak-anak yang menjamah nasi berkuahkan air mata...Yang penting sanggupkan digelar perampas,perosak rumah tangga, sundal dan lain-lain sehingga ke akhir hayat.Fikir-fikirkanlah apa orang lain rasa juga perasaan andai kita duduk di tempat itu...SERONOKKAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG!!!!!!!!!

3 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Ahakk! Ada tak citer tentang aplah syoknya bercinta dengan bini orang atau janda orang? Sajalah nak tau, hehe!

ieza berkata...

spe ckp x seronok bercinta dgn laki org... seronok sgt.. tp itu kalau isteri dye sudah izinkan.. mcm sye skang ni bercinta dgn laki org... bukn niat kte nk kecewakn n nk sakit kn ati pihak pertama tp bila pihak pertama x mampu nk berikn ape yg laki dye nk.. so x slh lh kn... :D

SEKALUNG BICARA berkata...

Mr bRAVEhEART....Ada je cita syoknya bercinta gan bini orang .. lupa diri plak lelaki tu nanti sbb sgt siok duk layan cinta terlarang tapi lau janda no problem tak de hal punya hehehe...

Ieza!!! seronok ke tidak itu terpulang kepada individu tersebut.. andai perlakuan tersebut menyebabkan pihak yang sah merana kerana rampasan kuasa lelaki yang berhak tuk dia.. dikira perampas namanya.. tetapi jika ada keizinan bermakna wanita berkenaan telah menempah payung EMAS di syurga nanti.