Rabu, 3 Mac 2010

PENGAJARAN BUAT MU


Syukur sekiranya benar dia ditahan. Saya berharap selepas ini tidak lagi menerima iklan lucah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu kehidupan kami.”
Itu adalah luahan eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Zahid, 38, sebaik membaca laporan akhbar semalam bahawa seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka ditahan kerana disyaki menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS.

“Jika dia ditahan, doa saya dimakbulkan kerana dia (dalang penyebaran klip video lucah) menghantar SMS secara rambang tanpa mengetahui sama ada ia diterima pelajar, wanita atau orang tua,” katanya.

“Ini kerana di rumah, saya dan anak menerima SMS yang sama tanpa kami ketahui daripada mana penghantar mengetahui nombor telefon kami,” katanya.

Katanya, penahanan lelaki itu adalah satu kejayaan pihak berkuasa terutama apabila orang yang disyaki hidup mewah termasuk memperolehi pendapatan sehingga RM11 juta.

Zahid berkata, dia percaya ada antara pelanggan adalah mereka yang melakukan kesilapan terbalas SMS berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung bil yang tinggi.

Saya mempunyai rakan yang terpaksa menanggung bil hingga lebih RM100 daripada aktiviti SMS membabitkan nombor yang sama dan akhirnya dia terpaksa ke kedai syarikat telekomunikasi untuk menyekat daripada terus menerima SMS berkenaan.

“Saya berharap pihak syarikat telekomunikasi supaya bertanggungjawab dan prihatin dengan aktiviti pekerja,” katanya. Minggu lalu Harian Metro menyiarkan luahan Zahid yang bimbang dengan kegiatan pengendali laman web lucah menghantar SMS secara rambang.

Ini kerana SMS dengan perkataan lucah dan ‘power’ tidak sesuai menjadi tatapan manusia yang mempunyai perasaan malu terutama kanak-kanak dan remaja.

Antara SMS diterima orang ramai hanya berbunyi: “Ingin lihat aksi panas dari gadis montok. Dijamin teruja. Balas OK sekarang! 18 tahun ke atas sahaja!” Selain itu, SMS lain berbunyi: “Lebih 100 video ‘home made yang terpanas’ untuk koleksi anda. Jika mahu, sila balas YA. Yang pasti SEKtified. Hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja. Warning!” Bagaimanapun, sebahagian besar SMS yang dihantar terlalu lucah dan mengaibkan menyebabkan banyak pihak menggesa pihak bertanggungjawab supaya bertindak tegas ke atas mereka.

Dilaporkan kehidupan mewah pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah.

Namun, kegiatan itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.

Tiada ulasan: