Sabtu, 17 April 2010

NILAI HARGA LELAKI MELAYU PULAK





Ini pulak kisah lelaki Malaysia yang terpikat kepada wanita Indonesia.Kenapa pulak lelaki Malaysia mudah terpikat dan ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua?.Senario ini berlaku tidak kita ketahui, sejauh mana mereka berkahwin mengikut lunas undang-undang sama ada bagi pasangan Islam mahu bukan Islam. Perkara ini seharusnya tidak perlu terjadi kerana dalam kes sebegini penganiayaan bukan sahaja membabitkan isteri pertama tetapi juga berlaku kepada isteri muda dan akhirnya institusi kekeluargaan itu runtuh. Nanti umpamakan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran kerana kesannya adalah kepada golongan wanita dan anak-anak.Secara puratanya seorang lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia pada setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dengan 80 peratus daripadanya memilih wanita Indonesia sebagai isteri kedua. Purata 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita dari Sumatera setiap bulan.

Mengapa terjadi demikian. Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.Layanan mesra,lemah lembut,mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca ramai lelaki tempatan 'cair' terhadap wanita Indonesia.Keadaan ini juga menyebabkan lelaki Malaysia masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh. Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.Justeru itu seharusnya wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami

Tetapi awas,jika kebanyakan wanita yang dikahwini itu adalah untuk dijadikan isteri kedua dan perkahwinan tersebut juga disifatkan seperti 'ada udang disebalik batu'. Malah kebanyakan wanita Sumatera juga mempunyai maksud tersendiri. "Ini termasuk ingin bebas dari kemiskinan atau diterima sebagai penduduk tetap negara ini apabila bersetuju berkahwin dengan lelaki Malaysia.Kaum wanita pastilah tidak senang dengan fenomena ini kerana bimbang kaum lelaki akan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil.Memang tidak ada alasan lelaki tempatan mencari lagi isteri diseberang hanyalah kerana tidak puas hati dengan layanan isteri pertama .Kebanyakan juga niat mereka lebih kepada untuk berseronok sedangkan dalam perkahwinan itu ia memerlukan seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga.



..........................................................................................................................................................................

5 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

sekalung bicara;
pada saya..lelaki hanya mahukan kelainan layanan yang berbeza je.selagi mampu dia akan jadikan 2 3 4..cukup koata

kenapa istri melayu dikatakan sibuk dengan materiallistik
jawapannya mudah;
kalau suami sanggup bagi separub incomenya pada isteri ..pasti dia juga memberi layanan yg sempurna
pada suaminya
tak payah keluar keje
masalahnya suami suami.ni kedekut mengalahkan hj bakhil..hj bakhil pun dikira ok.sebb dia sediakan du org gaji ,dan isterinya hanya melayan dia sorang.
mari kita tubuhkan satu fun kelab...saya benci suami kedekut....mesti ramai pengikutnya
........
salam zeza

kedai buku perintis berkata...

lelaki lebih memikirkan keseronokkan semata mata.....




salamzeza

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam zeza.. hehehehe wahh nak tubuhkan fan club suami2 kedekut plak...macam best jer... baru padan muka dorang yang kedekut2 gan wife dia..

U jadi kondakter nye dan saya follow dari belakang...apapun semua ni adalah andaian jer... kalau terjadi pun itu dah kira 'perempuan akan mendapat payung emas diakhirat nanti'sanggup ker kita bermadu!.. terpulanglah pada diri kita mampu ke tidak menghadapi situasi begini... yang penting lelaki mesti berlaku adil..bukan kerana nafsu semata2 itu sudah cukup....

kedai buku perintis berkata...

apapun lelaki begini akan jadi kurang bertanggungjawab kepada kelurga sendiri....
rata2 zaman sekarang isteri yang mengendalikan kehidupan sendiri juga anak anak
salam zeza.....

SEKALUNG BICARA berkata...

wkslam zeza... seperti kata u lelaki skrg lebih membri tanggungjawab anak2 kpd isteri 90%.. Jadi lelaki skrg terlalu manja dan mengada2.. inilah sikap mudah sambil lewa.. kalau anak2 tak menghormati bapa bila mereka dah dewasa nak salahkan sapa!.sbb dri kecil anak2 mereka tak ambil kisah... semua serah bulat2 kat wanita... mmm payah lah kan .. hehehe kalau lelaki baca mesti mereka akan mengatakan kita wanita bukan tau nak respect kat dorang... hehehe