Ahad, 11 April 2010

MASIHKAH PUNYA HARAPAN BUAT KU?


Tika menjunjung kasih seorang suami
bahu terasa sarat menanggung rindu
sendu tiba-tiba menyapa suara hati
lagu kecurangan mengetuk-ngetuk pintu rasa
meski hati tetap menganyam
erti sebuah kejujuran
kesetiaan seorang isteri tertumpah
jua di dada waktu..

Suamiku
kuharungi erti sekeping hati luka berdarah
kian ranum rajuk membawa kecewa
apalah erti sebuah ikatan
dalam dakap kasih mesra seorang suami
terkhianat jua
bisakah kau mengerti??

Kusyukuri nikmatnya meresap di jiwa
Biar beribu batu hatiku terlontar jauh
pancaran NurNya tetap membasah hati
yang tandus
bersama tulusnya kasih suci seorang isteri
kau kumaafi bersama sejuta keikhlasan
biar terobek berpuluh janji
biar kesetiaan dan kejujuran ini penuh tercalar
kau tetap seorang suami di mata isterinya
aku tetap ingin mencium wangian syurga
di telapak kakimu..

Suamiku
mengertilah kau dalam damai rasa sebuah
sendu
hati yang tak pernah terungkap erti benci
biarlah aku menjadi setitis embun pagi
membasahi padang kasih yang tandus
membasuh noda-noda luka semalam
biarpun rambulan pernah memuncak
di dada langit
kuntum-kuntum cinta pernah gugur
di halaman istana
benarkah pasrah ini mengukir erti
sebuah senyuman

Suamiku
andai inilah erti penghujung sebuah rindu
dakaplah daku dalam sebuah kasih syahdumu
dekatlah daku dengan makna keikhlasan hatimu
ampuni seorang isteri yang tercalar hati
kerana rindu masih lagi membasah
kesetiaan masih jua ada
izinkan aku merona bahagia
abadi bersamamu.

.........................................................................................

2 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

mmg payah menjadi isteri
setarf misali
kerana jiwa sentiasa meronta
diluahkan jadi sengketa
dipendam jiwa merana

jiwa kita mudah menjadi lemah
dugaan persaan dialun indah
pun kita faham kita masih beribadah
status isteri sujud disejadah

SEKALUNG BICARA berkata...

Bukan senang juga menjadi isteri seperti syaidina Aishah ra. walaupun syurga ditelapak kaki suami.. sebagai insan kerdil kita punya jiwa dan hati.. kita bukan maksum dan bukan kita malaikat yang ttp taat. adakala kita alpa dan ada kala jiwa memberontak.. Muga kita dijadikan manusia yang mensyukuri nikmat yang ada..