Selasa, 13 April 2010

PENYAMUN...


Awas ya!!!!
Ragut,pecah rumah
rampokkan sudah lali
tidak kira dimana
siang mau pun malam
pendajal ini tidak serik
dimana ada peluang
di situ mereka pasti


Memang manusia ini
hilang pertimbangan
dimana usaha yang halal?..
tidak kira asal
cita-cita kotor ini
dapat diperolehi
apa engkau peduli
aku punya pasal
asal aku kaya
asal aku ada wang
hidup senang
tidak perlu kerja
membanting tulang
yang empat kerat
buat apa susah kan diri
berpeluh keringat dibawah
mentari terik
kerja aku mudah
tapi lumayan..

Apa akan jadi jiwa yang
hilang iman ini?
dimana letak harga diri
tidak ada pegangan hidup
cuma pentingkan nafsu
tapi awas...
andai DIA tidak menghendaki
apa yang engkau baktikan?
kerana jasamu tidak
diberkati
akhirnya engkau tewas
ditengah perjalanan
penuh duri

Pintu taubat masih terbuka
sebelum engkau menutup mata
Insaflah wahai insan
tidak akan kekal selamanya
pasti engkau akan kecundang
di pangkuan kehinaan...

..............................................................

3 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

bila melakukan tanpa rasa bersalah dab berdosa,,manusia ini sebenarnya sudag gelap hatinya.yang dia nampak hanya bagaimana dia nak senang tanpa bersusah payah.salam zeza

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam zeza.. apa kan terjadi bangsa kita yang lemah.. mudah dan senang hidup tanpa berusaha keras... apakan jadi kelak..andai bangsa kita lemah mudah diperdaya dan malas..

sia2 sahaja hidup...

ISAC berkata...

Akhbar ari ni...Peminjam "Tekun" dapat RM 9K sebulan hasil tanam kulat....