Sabtu, 17 April 2010

HARGA GADIS MELAYU


Ingat-ingat sikit, kerajaan Indonesia menwajibkan mana-mana lelaki yang ingin mengahwini wanita Indonesia wajib membayar 500 juta rupiah atau RM170,000.Untuk itu bukan angka yang kecil,mereka meletakkan harga diri seorang wanita rakyat Indonesia,dan mengapa pula kita 'hilang akal' membenarkan diri kita dilarikan kesana-dengan percuma pulak tu.Murahkah sangat wanita Melayu Malaysia?.Ya murah,sebab kita telah meletakkan harganya,iaitu tanpa membawa sesen pun hanya bermodalkan cinta, kita boleh dibawa lari.

Syarat ketat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-undang Perkahwinan yang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI).Wang itu perlu dibayar kepada sebuah Bank Islam di Indonesia sebagai jaminan nafkah kepada wanita sekiranya perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian. Sebab itu lah lelaki Indonesia lebih mengemari mengahwini gadis-gadis Malaysia kerana peraturan sedia ada di Indonesia itu tidak akan membuatkan mereka ini menanggong beban atas peraturan .Cuma yang menjadi mangsa adalah anak-anak gadis kita..





Mengapa anak-anak gadis kita yang lari sehelai sepinggang mengikut lelaki asing ke Indonesia terutamanya Lombok.Apakah yang istimewanya lelaki ini sehinggakan gadis-gadis Malaysia begitu teruja tanpa berfikir panjang, apa yang mereka dapat kelak kerana perkahwinan lari ini?hairan memang menghairankan.. keistimewaan lelaki Lombok ini membuatkan gadis-gadis Malaysia mengikuti untuk lari ke Indonesia meninggalkan keluarga dan ada yang masih dibangku persekolahan.

Seperti kisah Noorlaili Hafizah Omar gadis ayu berusia 19 tahun menghilangkan diri untuk berkawin dengan lelaki warga Indonesia dan akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya.Mujurlah keluarga masih menerima dan menyelamatkan dirinya dari perangkap cinta yang tidak ada kesudahannya.Kesedaran Pijah (nama mesra dalam keluarga) dalam cinta butanya membawanya pulang kepangkuan keluarga.

Namun masih ramai gadis yang tidak senasib Pija,setelah berkahwin gadis-gadis ini sedar betapa susahnya hidup di rantau orang tanpa dokumen perjalanan yang sah dan pertembungan budaya setelah berada disana.Setengahnya pula memperolehi anak bertambahlah lagi penderitaan dan perasaan yang membuak-buak untuk pulang,tetapi itu bukanlah mudah seperti yang dilakukan sebelum ini.

Jesteru itu,ingatan untuk setiap yang lupa diri,cinta tidaklah seindah mana kalau dibandingkan dengan kesusahan yang boleh timbul bersama-samanya.Oleh itu perpada-padalah sewaktu bercinta,moga -moga tidak binasa..

..................................................................................................................................

1 ulasan:

ISAC berkata...

Itu, yang kawen lari...

Yang ikut lari atau ikut-ikut aje pun ramai...

Nak cari dalam pub2 di sekitar Bangsar dan Goleden Triangle pun ramai...

Salah siapa?