Isnin, 16 Jun 2014

CERITA DONGENG "ABU NAWAS MATI HIDUP SEMULA"

Aku nak cerita pasal kisah Abu Nawas pula.

PADA zaman dahulu di Kota Baghdad ada seorang yang bijak lagi pintar bernama Abu Nawas. Ketika itu Baghdad diperintah oleh Sultan Harun al-Rashid, Abu Nawas arif orangnya dan berpengetahuan luas dalam ajaran agama Islam. Dia juga seorang guru Quran serta penyair yang handal. Abu Nawas amat rapat dengan Sultan kerana dia sering menghiburkan Sultan  dengan berbagai cerita jenaka dan juga membaca syair-syair yang indah bahasanya. Sultan pula sering meminta Abu Nawas menyelesaikan berbagai masalah. Kebanyakannya masalah-masalah yang pelik-pelik seperti mencari lembu berjanggut. Pernah juga baginda meminta Abu Nawas mencari harimau berjanggut.

Namun demikian Abu Nawas tidak pernah marah. Dia tahu segala permasalahan yang diberi oleh Sultan adalah senda gurauan. Abu Nawas suka menyelesaikan  masalah-masalah itu dengan cara yang melucukan.. Atas usahanya itu Sultan sering memberikannya hadiah dalam bentuk wang. Begitulah kehidupan Abu Nawas jika tidak mengajar ilmu agama ada cara lain untuk mendapatkan wang dari Sultan melainkan dengan tipu helah," kata Abu Nawas

"Apakah helah yang kekanda fikirkan kali ini?" tanya isterinya.

"Kekanda mahu dinda pergi kerumah jiran-jiran dan berkata bahawa kekanda telah meninggal dunia. Kekanda pula akan pergi ke istana Sultan dan memberitahu yang dinda telah meninggal dunia."

" Bolehkah rancangan kanda ini berjaya?".
tanya isterinya.

Jawab Abu Nawas: "Dengan izin Allah ia akan berjaya."

Maka tanpa membuang masa, isteri Abu Nawas pun pergi memberitahu jiran-jirannya bahawa Abu Nawas telah meninggal dunia. Berita kematian Abu Nawas dengan cepat tersebar ke seluruh Kota Baghdad. Pada waktu yang sama, sebelum khabar angin yang menyatakan Abu Nawas telah meninggal dunia sampai ke istana, Abu Nawas telah pergi mengadap Sultan.

" Ampun tuanku," kata Abu Nawas sambil menangis terisak-isak, "Isteri kesayangan hamba telah meninggal dunia pada pagi tadi."

Sultan turut bersedih mendengar kata-kata Abu Nawas.

"Sudahlah Abu Nawas, janganlah kamu menangis lagi. Yang telah pergi tidak akan kembali. Ambillah wang ini menguruskan pengkebumian isteri kamu," kata Sultan sambil menghulurkan wang yang agak banyak.
Menjelang petang, berita kematian Abu Nawas pun sampai ke istana dan ini amat menghairankan Sultan kerana baru beberapa jam tadi Abu Nawas datang mengadap menyatakan yang isterinya telah meninggal dunia
Tanpa pengetahuan Sultan, isteri Abu Nawas telah datang ke istana bertemu dengan Tuanku Permaisuri untuk menyampaikan berita yang menyedihkan.

"Tidak perlu kamu beritahu kerana kami di istana semua sudah tahu akan berita kematian Abu Nawas. Janganlah kamu bersedih," Kata permaisuri kepada isteri Abu Nawas. "Semua orang sayangkan Abu Nawas dan pemergiannya yang mengejut itu amat menyedihkan




"Ambil wang ini dan segeralah kebumikan jenazahnya sebelum tiba waktu malam. Jika kamu menghadapi kesusahan datanglah berjumpa beta. Kalau sudi beta jemput kamu tinggal di istana," kata Tuanku Permaisuri.

Isteri Abu Nawas tidak berkata apa-apa. Sebaliknya dia terus menangis dengan kuat. Setelah puas menangis, dia pun mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk pulang.
Tidak berapa lama selepas isteri ABu Nawas pulang, Sultan Harun al-Rashid masuk ke bilik bertemu dengan isterinya.

"Kanda sungguh terperanjat sekali mendengar mengenai kematian Abu Nawas kerana baru tengahari tadi dia datang berjumpa kanda menyampaikan berita yang  isterinya meninggal dunia pagi tadi."

" Mustahil isterinya meninggal dunia pagi ini kerana baru sebentar tadi isterinya datang bertemu dinda," Kata Tuanku Permaisuri.

" Kalau begitu siapakah sebenarnya yang telah meninggal dunia?". tanya Sultan penuh hairan.

"Lebih baik kita pergi ke rumah Abu Nawas untuk memastikan siapakah yang sebenarnya telah meninggal dunia," cadang Tuanku Permaisuri.

Setibanya Sultan dan Tuanku Permaisuri di rumah Abu Nawas didapati kedua-dua Abu Nawas dan isterinya terbaring kaku.

" Sungguh pelik sekali. Kedua-dua suami isteri meninggal dunia dalam satu masa. Akan beta hadiahkan seratus keping wang emas kepada sesiapa yang dapat menerangkan apakah yang sebenarnya berlaku," kata Sultan.

Mendengarkan tawaran Sultan itu, maka Abu Nawas pun bingkas bangun lalu berkata:
" Hamba boleh terangkan segala-galanya."

Orang ramai yang pada mulanya terperanjat melihat Abu Nawas hidup kembali kemudian ketawa kerana mereka tahu ini adalah salah satu tipu helah Abu Nawas.
Begitu juga Sultan Harun ar-Rashid turut tersenyum dengan kejadian itu.
"Apakah erti semuanya ini Abu Nawas?" tanya Sultan.

"Ampunkan hamba tuanku. Sebenarnya hamba kesempitan wang tetapi hamba malu untuk meminta dari tuanku,: jawab Abu Nawas.
"Maka hamba mencari helah untuk mendapatkan wang dengan lakunan hamba ini tidak mendatangkan kemurkaan tuanku."

Sultan Harun ar-Rashid pun menjawab: " Pada mulanya beta marah tetapi kini telah hilang dan bertukar gembira pula kerana sahabat beta yang beta kasihi masih hidup. Tetapi bukankah lebih mudah jika kamu minta sahaja wang daripada beta. Pasti beta akan beri,"

" Hamba bukan seorang peminta sedekah. Lakunan yang hamba lakunkan ini adalah satu kerja dan wang hadiah daripada tuanku dan permaisuri adalah upah kepada kerja yang telah hamba lakukan ini," jelas Abu Nawas dengan ikhlas.

"Beta tahu kamu bukan orang yang boros, tetapi seorang yang pemurah. Kamu sering bersedekah kepada fakir miskin , itulah sebabnya kamu sering ketiadaan wang dan beta tidak menyalahkan kamu. Lain kali kalau kamu ketiadaan wang minta sahaja lah .....

*******************




Tiada ulasan: