Isnin, 23 Mei 2011

MEMBUANG LEMAK HANYA BANYAKKAN MINUM AIR


Kalau kita mahu mengurangkan berat badan, disyorkan untuk minum banyak air kosong. Inilah satu jalan terbaik dimana air adalah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Masalah timbul apabila ramai orang menganggap air untuk menghilangkan dahaga bukan untuk membuang lemak.

Kekeliruan ini menyebabkan orang mencari makanan setiap kali, sebagai satu daripada isyarat diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Ia juga adalah lebih ketara berlaku dikalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif, jadi tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.


Seperti juga tumbuhan, kita lihat sekiranya kita menyiram air pada tanaman kita adakah tanaman kita tumbuh subur atau menjadi kering!.. maka sudah tentulah tanaman kita akan subur menghijau sebab setiap pagi dan petang kita menyiram tanaman kita. Oleh itu kekeliruan ini boleh kita atasi dengan mengambil langkah yang terbaik iaitu dengan minum air setiap kali terasa lapar. Kerana air tidak mengandungi kalori. Isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat, disarankan minum air setiap kali sebelum makan.Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan diri daripada makan pada kuantiti yang banyak. Seharusnya air yang diminum ialah air kosong dan bukannya minuman manis kerana ia mengandungi kalori yang tidak diperlukan badan. Selalunya apabila disarankan untuk meminum air lebih dari dua liter sehari, timbul berbagai-bagai tanggapan sampingan, kononnya perut berasa kembung.

Tetapi kesan sampingan yang ketara ialah kita kerap berulang alik ketandas dan ia dianggap satu perkara yang amat baik, seperti air itu menyucikan usus dari segala toksid. Jadi secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah 'terlalu banyak air' kerana badan secara automatik mengeluarkan air melalui peloh dan pembuangan air kecil.



*************************








Tiada ulasan: