Khamis, 26 Mei 2011

TIP ELAK SIFAT CEMBURU.. BERKESAN ATAU TIDAK


Kisah isteri dipukul dan ditentang serta perut dipijak sehingga menemui ajal angkara suami yang cemburu buta sangat menyayat hati.. Begitu jugalah cerita bagaimana si isteri menetak tangan suami sendiri disebabkan sifar cemburu yang tidak terkawal...Statistik polis berhubung kes bunuh bermotif cemburu mencatatkan pada tahun 1999 adalah paling tinggi dengan 25 kes, tahun 2000 (17 kes) dan 2001 (12 kes).

Rasanya tip ini boleh kut kalau kita ikuti jika mahu mengawal sifat cemburu yang bersarang dalam diri kita..

Langkah awal mengatasi rasa cemburu yang dirasai ialah membawa tenaga negetif
ini dengan mengenali situasi terlebih dahulu. Ini boleh membuat kita mendapatkan
pandangan yang lebih objektif. Tanya diri sendiri adakah dengan melihat orang yang
kita sayangi makan dengan rakan-rakan sejenis adalah alasan kuat untuk
cemburu atau ini hanya reaksi kita yang berlebihan. Jika betul memang alasan ini
sebenarnya tidak kukuh.

Sebaik-baiknya mengurangkan keraguan,ketakutan dengan tidak terlalu memikirkan
si dia yang kita sayangi. Cara demkian tentu akan membuat kita berasa lebih tenang
dan selesa. Jika sakit hati melihat si dia menjalin komunikasi rutin dengan seseorang
yang boleh membuat kita cemburu, jelaslah alasan ini sehingga akhirnya orang
yang kita sayangi mengerti perasaan kita. Mulai menjalin hubungan dengan teman
terdekat dengan pasangan kita. Dengan mengenal dunia si dia, kita lebih berkesan mengendalikan fikiran kita dari sudut pandang yang berbeza dan positif.

Walaupun kita memiliki hubungan yang istimewa dengan pasangan kita,bukan
bererti kita dan si dia harus selalu bersama. Luangkanlah masa kita dengan memenuhi
hobi atau apa sahaja ativiti kegemaran bersama rakan-rakan kita. Ini akan membantu mengalihkan tumpuan kita sekali gus mengelakkan kita dari terlalu melayan perasaan
cemburu yang tidak berasas..


****************

Tiada ulasan: