Ahad, 11 Julai 2010

TRANSFORMASI KEHIDUPAN




Dulu aku pernah berkata
bercinta hanya mainan perasaan
jiwa yang kacau aku sering ucapkan
kepada engkau
kerana engkau sering
bicarakan isi hatimu
kepadaku yang alang kepalang
memandang sepi erti kasih sayang
akhirnya aku
lupa yang aku adalah insan
lemah dan terpedaya
aku bukan maksum

Ingat hanya beberapa detik
kau dan aku membentuk satu ikatan
ikatan kasih dan sayang amat
persis adam dan hawa di syurga impian
menyerahkan isi hati
tatkala jiwa bergelora kencang
meluahkan perasaan dan harapan

Kita ditakdirkan seketika
jiwa dan raga
gelora kita hanya kepalsuan
terbendung oleh renungan dan ucapan
kerana antara kita jauh dan berbeza


kita adalah insan kerdil
kita upaya berpijak dibumi yang nyata
lupakan segala keindahan sementara
kau dan aku punya
tanggungjawab
punya ikatan lain
yang lebih sempurna
terimalah seadanya
pasrahlah seadilnya
kerana jalan yang kita pilih
lebih bahagia dari sengsara
bukan ikatan yang penuh prajudis
ikatan yang penuh nafsu


Andai ini jalan terbaik buat kita
perlu apakah kita sambungkan
tali yang hampir putus
tidak mungkin dapat disambung kembali
kerana tali itu sudah reput
sereput hati kita
kecewa
pasrahlah
andai itu jalan terbaik
kerana antara kita memang
tidak mungkin dapat bersama selamanya.


***********************


Tiada ulasan: