Sabtu, 10 Julai 2010

MONOLOG RINDU BUAT KENANGAN ABAH



(setelah 25 tahun pemergiannya)



Suara Mak Uda sayu dalam telefon ketika menghubungiku
"Abah hang tak sihat, dia dah masuk hospital pagi tadi"
lantas aku kabarkan kepada Hubby yang ketika itu sedang
bermesyuarat di pejabatnya.
Aku,hubby dan anak-anakku pulang menziarahi abah. Jauh
perjalanan kami ratusan batu. Ketika sampai abah tersenyum
dalam kepayahan menyambut kepulangan kami.


Seketika di sisi abah, Senyuman sakitnya mengiringi kami
pulang ke Mersing.
Maafin aku abah kerana tidak betah menjagamu seperti
mana engkau menjaga aku semasa melahirkan anak-anakku
Aku perlu mengikut hubby pulang ketempat kami mencari rezeki.

Dua minggu kemudian aku dan keluarga pulang semula
ke kampung untuk menziarahi abah kerana kebetulan
hubby ada mesyuarat di Perak.
Sebak pilu menyentap hati, Redup matanya memandang
aku dan cucu-cucu disisinya. Abah terlantar tanpa gerak
tanpa kata. Kuusapkan abah penuh kasih penuh sayang.
Belum puas menemani abah, hubby kena pulang semula
kerana tugasan menantinya di pejabat.


Seketika di sisi abah, Senyuman sakitnya mengiringi kami
pulang ke Mersing.
Maafin aku abah kerana tidak betah menjagamu seperti
mana kau menjaga aku semasa aku melahirkan anak-anakku.
Aku perlu mengikut hubby pulang ketempat kami mencari rezeki.


Tiga hari di Mersing, aku sedang menyediakan makan tengahari
untuk hubby yang sebentar lagi akan pulang kerumah untuk
makan bersama anak-anak. Hubby pulang dengan wajah sedih
dan aku nampak tergenang dikelopak matanya butir-bitir airmata
Kabar sedih aku terima menyatakan abah telah kembali menyahut
panggilan Illahi.
"Daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali".


Lemah segala sendiku dan aku tanpa sedar terpana dan hampir
pengsan kerana tersangat sedih mendengar berita pemergian abah.
Nasib hubby menolongku ketika itu, jika tidak mungkin aku sudah
tidak sedarkan diri.Mana mungkin aku dapat mengawal perasaanku
kerana abah adalah kasih ku dan sayang ku selamanya. Tanpa abah
aku seperti orang hilang arah.

Maafin aku abah kerana tidak betah menjagamu seperti
mana engkau menjaga aku semasa aku melahirkan anak-anakku.
Adakah nanti anak-anakku juga akan berkata begitu ketika akhir
hayat aku nanti?.



*****************************

3 ulasan:

Perjuangan Bangsa berkata...

salam...

hamba berbicara hina ingin meminta adalah kiranya pinta hamba dipenuhi...

harapan agar boleh exchange link bersama

http://ideadariaku.blogspot.com

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam..

Persilakan wahai tuan hamba yang bijaksana.

terima kasih daun keladi
ucapan hamba diberi
semuga kita sama2 berkongsi
agar menjadi sahabat sejati.

Perjuangan Bangsa berkata...

terima kasih :)