Selasa, 20 April 2010

INIKAH SURATAN TAKDIR..


Benarlah orang berkata...
syaitan bertopengkan manusia..
sanggup lakukan perkara terkutuk..

Apalah malang nasib mu wahai gadis..
sudah jatuh ditimpa tangga..
keperitanmu bukan untuk dibantu..
malah dikau diperkosa demikian rupa..

Memang durjana binatang ini..
kau ibarat iblis yang ganas..
dari segala iblis yang ujud..
tidakkah kau simpati..
malah engkau hancurkan jiwa dan
tubuh gadis yang tidak berdosa..
kau memang tidak punya perasaan..
hati engkau hitam lumat penoh dosa

Kemana arah kelak nasib mu wahai gadis!..
aku simpati dan rasa hiba..
andai aku punya kudrat dan tenaga..
ingin aku memberikan mu kasihku
muga dikau tidak terus hanyut..
oleh perasaan kecewamu ..
sayang..... aku mengharapkan engkau
supaya tabah mengharungi cubaan ini..

Padamu ya Allah....
Limpahkan lah hidayahmu kepada dia..
muga dia tidak terus kecewa dan ada
insan lain yang terus memberikan
sepenuh jiwa raga kasih dan sayang
kepada nya......

Tabahkan hati dan janji Allah itu
pasti.... biarlah mereka yang durjana
itu mendapat pembalasan yang setimpal
dengan kejahatan mereka........

...............................................................................

2 ulasan:

zeza berkata...

salam sekalung bicara.
gadis yang malang
hidup tak keruan
htinyanya penuh dendam
kepada lelaki berhidung belang..

disini tercipta kehancuran
hati dan jiwa nurami
tiada sempadan

dimasa depan
lahirlah ibu ibu yg hilang pendoman
lahirlah bapa bapa jalang
dan masyarakat tidak beriman....

salam zeza..

SEKALUNG BICARA berkata...

wksalam zeza.

Sedih bercampur baur.. manusia apakah lelaki durjana ini..yang sedih gadis itu sudah lah jatuh motosikal dia lak kena rogol..

nak salah kan sape?...sbb kadang2 kelahiran anak luar nikah pun bukan disebabkan oleh kerelaan gadis itu sendiri.

Mmmm masyarakat kita pun sekarang menjadi semakin hilang sifat kejiranan dan tidak ambil tau hal org sekeliling. Punca keruntuhan akhlak anak2 bangsa kita kian merebak dan semakin parah..

apa nak jadi bangsa melayu... semakin lemah dan longlai......