Isnin, 19 April 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN



Dunia pekerjaan, semua mahu berusaha untuk
mencapai perkara yang diingini.
Dalam dunia yang mencabar bersaingan menjadi
lebih sengit.Situasi pasti membuatkan diri
berasa runsing,tambahan pula kewujudan rakan
sekerja yang sanggup menikam dari belakang
semata-mata untuk keuntungan buat diri
sendiri.

Jangan cepat mengaku kalah bila berhadapan
situasi begini.Berhati-hati dengan rakan sekerja
yang pura-pura baik.Sebagai langkah berjaga-
jaga kawal bicara agar rahsia sepatutnya tersimpan
tapi tidak diketahui sesiapa. Pastikan laci meja
kerja selalu berkunci dan jangan sesekali memberi
kata laluan komputer kepada orang lain. Mungkin
berlaku pencerobohan yang memberi kesan
negatif.

Kadang-kadang rakan sekerja suka menghentam
dihadapan rakan-rakan lain tanpa berselindung.
Ada juga rakan sekerja suka mencelah apabila
sedang berbicara sebelum orang lain menyambung
perbualan tersebut. Oleh itu berhati-hatilah dengan
rakan yang membenci kita kerana golongan ini
adalah individu yang memiliki seribu satu macam
cara untuk menjatuhkan kita. Amat penting jika
mengetahui taktiknya disamping berusaha mencari
jalan menepis setiap tindakkannya.

Pertahankan kemampuan kita semaksimum
mungkin dan jangan berhenti untuk terus belajar
dan berusaha... mengenali sifat teman-teman
sekerja...

...........................................................................................

Tiada ulasan: