Sabtu, 27 Mac 2010

PEMBANTU RUMAH


ISU pembantu rumah warga Indonesia tidak pernah lekang dari bibir rakyat Malaysia. Ia seringkali menjadi paparan hangat di dada akhbar mahupun saluran televisyen yang mendedahkan kes pembantu rumah didera majikan, amah melarikan diri, mencuri sehinggalah menculik anak majikan.

Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah disebabkan layanan kurang mesra majikan kepada pembantunya atau sesetengah mereka sememangnya datang dengan niat jahat?

Realitinya hari ini, golongan isteri atau ibu yang bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga menyaksikan keperluan kepada perkhidmatan pembantu rumah sangat mendesak. Malah, bayangkan majikan sanggup membayar kepada ejen pembantu rumah setinggi RM6,000 untuk seorang pembantu rumah asing.

Hakikatnya, bayaran lumayan itu bukanlah satu jaminan bahawa majikan akan mendapat pembantu yang baik, jujur, pandai membuat kerja atau bijak dalam urusan rumah tangga. Lebih malang apabila ada yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Selebihnya, majikan berisiko menghadapi pembantu rumah yang melarikan diri sehingga ada yang sanggup bersikap 'panjang tangan' mengambil barangan berharga milik tuannya. Lebih memeranjatkan lagi apabila mereka berani membawa lari anak majikan itu sendiri.

Bagi pembantu rumah pula, mungkin mereka tidak serasi dengan majikan, tidak minat bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi terpaksa berhijrah kerana sesuap nasi yang akhirnya mendorong mereka melarikan diri.

Aku nak kongsi sedikit perihal pembantu rumah ini:

1) Jiranku sebelah rumah.,mengambil pembantu rumah disebabkan kesulitan untuk menjaga anaknya yang seramai lima orang.Beliau bekerja sendiri dengan menghasilkan produk makanan ringan iaitu membuat maruku.Kerana itu beliau perlu untuk mengambil seorang pembantu, tapi sayang kerana pembantu rumah ini tidak faham dan sering melakukan perkara yang diluar batas seperti belum tamat tempoh kontrek perkhidmatan dia mula buat perangai.Konon sakit, rindu dengan suami dan anak-anaknya di Indonesia lah dan macam-macam kerenah.Jiran aku pun memulangkan kembali pembantunya ke Indonesia.Adakah ini kerana kita terlalu beri muka,lantas mereka sampai boleh memijak kepala kita?..

2) Ini pula kisah pembantu rumah adik ipar aku. Beliau mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak kerana beliau bekerja. Pada mulanya perangai pembantu ini baik dan boleh dipercayai.Lama kelamaan sudah nampak tembelang dan pembantu ini sebenarnya bukan sahaja tidak memperdulikan anak adik ipar ku,malah beliau seringkali bersekedudukan dengan lelaki Bangladesh di belakang rumah.Akhirnya bila tertangkap perbuatan beliau terus dihantar pulang.

Oleh itu sebelum apa-apa terjadi perkara yang menyukarkan keadaan tindakan awal bagi mengelakkan daripada perkara sebegitu berterusan adalah dengan menyimpan dokumen penting seperti pasport, sekeping gambar dan kad pengenalan diri pembantu mereka. sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, dokumen tersebut menjadi bukti dalam melakukan proses pencarian, perbicaraan dan pengadilan di mahkamah.




Tiada ulasan: