Isnin, 22 Mac 2010

CINTA OH INDAHNYA CINTA


APABILA disuakan dengan persoalan mengenai cinta, kita pasti akan mendapat bermacam-macam reaksi dan mungkin juga apa yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.Perkataan 'cinta' itu sememangnya amat berpengaruh, ia seakan mampu memberi satu kuasa magis kepada sesiapa yang mendambakannya. Cuma apa yang membezakan seseorang itu bijak menilai cinta ialah bagaimana tenaga daripada perasaan itu disalurkan kepada sesuatu yang positif.Pendek kata,selagi makhluk bernama manusia ini hidup, kisah cinta tidak akan pernah membuat mereka berasa bosan.






Elemen ini akan terus diulang dalam segala medium, sama ada novel, puisi, filem, lagu dan sebagainya.Menyelami perspektif cinta daripada individu yang mewakili peringkat usia berbeza membawa 'terjemahan' yang berbeza."Kadang-kadang, hati kita mungkin sukakan seorang lelaki ini. Tetapi bila terjumpa orang lain, macam tersuka pula pada dia.Ketika muda, kita sukar untuk menerima ketidak sempurnaan orang lain. Tetapi apabila usia semakin meningkat, seseorang itu lebih bersikap memberi dan menerima.



"Malah, perkataan love itu lebih panjang daripada empat patah huruf. Cinta akan berkembang menjadi satu bentuk hubungan yang disirami dengan persefahaman, memaafi dan kesediaan untuk menerima kelemahan pasangan. Sedangkan sewaktu kita muda, susah untuk kita menerimanya," .



Hubungan yang positif juga menjadi semakin penting. Individu akan melihat semula apa yang telah disumbangkan dalam perhubungan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pasangan. Sewajarnya, kita memberi lebih banyak daripada apa yang diterima selama ini."Apa yang boleh dilakukan oleh pasangan yang sudah berusia ialah menghabiskan lebih banyak masa bersama seperti pergi bercuti dalam tempoh yang pendek,"




Memang tidak dinafikan bahawa cinta mempunyai kuasa ajaib yang sukar diterangkan dengan kata-kata dan boleh membuatkan dunia ini tunggang langgang. Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh seseorang yang asyik dilamun cinta ialah gunakan kuasa cinta itu secara positif, untuk sesuatu yang positif itu wanita selalu mendambakan kasih dan sayang seorang lelaki walaupun dirinya pernah dimiliki oleh lelaki lain,tetapi di sebabkan mungkin jodoh telah tiada, kasih pudar dan kini mereka didambakan oleh sayang dari lelaki yang tidak pernah mempunyai pengalaman berumah tangga.



Oleh yang demikian cerita cinta tidak akan pudar dan hilang sampai bila-bila sehingga lah nyawa pergi meninggalkan kita. Itulah kuasa cinta tidak akan lenyap ditelan waktu. Jadi pandai-pandailah kita sebagai umat manusia mengawal emosi dan diri agar tidak terjebak dalam cinta palsu dan pura-pura.Takut diri kita akan kecewa dan merana.Hanya CINTA KEPADA ALLAH YANG KEKAL ABADI.

Tiada ulasan: