Selasa, 23 Mac 2010

LICIK MENCARI WANG




Hairan! Ketika ramai di antara kita yakin gejala mengemis di kalangan kanak-kanak di negara ini semakin menyusut, rupa-rupa sebaliknya berlaku.Menariknya, tidak seperti sebelum ini, kanak-kanak tersebut 'licik' berkeliaran meminta sedekah serta simpati daripada orang awam tanpa pengawasan orang dewasa


Yang menyedihkan, kanak-kanak itu bukannya warga asing, sebaliknya mereka terdiri daripada anak-anak malang penduduk tempatan yang sepatutnya menghabiskan masa mereka di kelas-kelas ilmu dan bukannya merayu simpati daripada orang ramai.Persoalannya, siapa dan mengapa mereka boleh terjebak ke kancah tersebut pada usia sebegitu muda dengan sanggup 'menadah tangan' meraih simpati daripada orang ramai tanpa ada sedikit pun perasaan takut.


Mereka ini juga mungkin mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang.Hasil dari kerja meminta sedekah ini agak lumayan..

2 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

kehidupan ini tersangat rumit dan sukar dimengerti, terlalu banyak rahsia yang sukar untuk disingkap. kadang-kadang kehidupan itu kita melihatnya hanya bagai sekeping roti yang terbiar diatas meja tanpa disentuh sesiapa.

Azam Abd Rahman berkata...

Mmm, falsafah tu Braveheart tu.