Khamis, 25 Februari 2010

SYUKUR DAN SABAR

26hb Febuari 2010 iaitu hari Jumaat.. 12 rabiulawal...
ku ucapkan selawat keatas junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat
kepada Nabi.Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah
salam penghormatan kepadanya.
(Surah Al-Ahzab:ayat 56)

Nak bercerita....

Pada zaman Khalifah Al-Manshur,salah seorang menterinya,Al-Ashma'i,
pergi berburu.Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan,ia terpisah
daripada kelompoknya dan tersesat di tengah padang pasir.

Dia amat kehausan,dia melihat sebuah
khemah yang terasing.
Dia memacu kudanya ke sana dan bertemu penghuninya,seorang
wanita muda dan jelita.Dia meminta air.Wanita itu berkata,"Ada
air sedikit,tetapi aku persiapkan hanyak untuk suamiku.Ada sisa
minumanku.Kalau mahu,ambillah"

Tiba-tiba wanita itu tampak berwaspada.Dia memandang kepulan
debu dari kejauhan.Kepulan debu itu menandakan seseorang sedang
memacu kuda.

Suamiku sudah balik!"kata wanita itu.
Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih.
Suami wanita itu seorang manusia kasar,lelaki tua yang bengis dan
kasar.Mulutnya tidak henti-henti mengherdik isterinya.

Tiada sepatah perkataan yang keluar daripada mulut wanita itu.
Sebaliknya dia tenang membersihkan kaki suaminya,menyerahkan
minuman dan memimpin suaminya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi,Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda ,cantik dan setia
Kombinasi yang jarang-jarang sekali terjadi.Mengapa engkau
korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk
ini?"

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda:
agama itu terdiri daripada dua bahagian: syukur dan sabar.Aku
bersyukur kerana Allah menganugerahkan aku kemudaan,kecantikan
dan perlindungan.Allah membimbingku untuk berakhlak baik.
Aku telah melaksanakan separuh agamaku.Kerana itu aku ingin
melengkapkan agamaku dengan separuhnya lagi, iaitu SABAR.


Mungkin wanita sekarang tidak akan atau dapat mempersiapkan
diri seperti kisah diatas..Aku perlu muhasabah diri dan bersihkan
jiwa .. Semuga akan menjadi panduan dan pengajaran dalam
kehidupan yang fana ini....

1 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Salam. Kadang2 kita balik kpd asal jika yg kita ubah itu kita rasakan tidak memuaskan hati. Apasalahnya pulang kepangkal jalan walaupun kita bukannya sesat dihujung jalan. Perjalanan ini yg masih lagi panjang.