Jumaat, 26 Februari 2010

PERCAYAKAN DIRI SENDIRI





Banyak antara kita yang masih
berasa kurang yakin pada diri
dan sentiasa berasa tidak
selamat. Mengapa terjadinya
perkara ini??.Apakah kerana
jauh di sudut hati kita masih
tidak dapat melupakan kata-
kata berbisa yang dilemparkan
terhadap kita atau masih tidak
dapat melupakan kegagalan lalu?



Mmmmm aku sebagai manusia
memang ada kalanya kita tidak
dapat lari daripada perasaan
sebegini.Namun kita mesti
kuat menghadapinya.Lalu
bagaimanakah cara terbaik
untuk mengatasinya?.........


Mungkin dengan menanamkan
rasa percayai pada diri sendiri.
Ingatlah yang manusia di cipta
dengan cantuman bakat,kebolehan,
personaliti dan latar belakang
yang unik... Dan setiap kita ada
keistimewaan tersendiri yang
tidak ada pada orang lain.
Aku akan berpegang kepada
perkara ini pasti keyakinan
dan rasa percaya diri akan
lebih meningkat....

Tiada ulasan: