Ahad, 17 Oktober 2010

YA ALLAH. BERIKANLAH KEKUATAN KESABARAN BUAT SAHABATKU....


Hari ini buat diriku satu hari yang begitu menyiksa dan menyedihkan sangat.
Baru pulang dari Hospital Pantai Melaka. Aku melawat sahabatku Siti Zubaidah
yang kini di rawat di sana, Aku memanggilnya Kak Bedah...Kak Bedah ni sahabatku
semasa aku masih di Segamat Johor dahulu, waktu Hubby ku bertugas di Wilayah
Segamat.

Sebelum itu aku juga ada terasa seperti teringat-ingatkan sahabatku ini, Rindu yang
amat mendalam padanya maklumlah lama tak berhubung dengannya. Kali terakhir
aku bersembang dengannya waktu dia di tahan di wad Hospital Seremban dua
tahun lalu, kerana kemalangan jalan raya di Port Dickson. Syukur alhamdulillah
beliau selamat dalam kemalangan tersebut. Rupanya kerinduanku, sebenarnya petanda
yang beliau kini sakit dan di rawat di hospital..

Memang beliau pernah membuat pembedahan breast canser.. sampai kesemua rawatan
kimoterapi telah selesai, aku sangka beliau semakin pulih, namun kesemua itu
bukan kehendak kita, kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan segalanya.
Kesedihan ku ini bukan apa, aku lihat tubuh badannya semakin mengecil dan yang
paling menyedihkan sebelah kiri lengan dan tangan semakin membesar dan tidak berupaya
untuk di angkat lagi hanya dengan menyandarkan dengan mengunakan bantal
dan keseluruhan breast canser telah mula merebak.

Doktor menyatakan, kesimpulan penyakit sahabatku ini hanya 50/50 sahaja untuk
dijamin penyembuhannya. Aku tidak berupaya memandangnya, amat terasa sebak
dan tanpa aku sedari air mataku mengalir tanpa di pinta. Hanya pada mu ya Allah
aku berdoa, Engkau berikan lah kesabaran yang jitu kepada sahabatku Siti Zubaidah
semuga dia tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini.


Tiada ulasan: