Selasa, 19 Oktober 2010

MASIH ADAKAH LAGI RUANG BUAT CINTA TERHALANG BAGINYA


Subuh ini
terjaga dari lena yang panjang
tersedar dari mimpi
mimpi yang amat mengelirukan
adakah itu benar-benar terjadi padanya
atau sekadar mainan Iblis
atau fatamurgana indah dalam memoriku!!

Masih di ranjang
kusut fikiran
mindaku menerawang jauh
memoriku menerjah kisah temanku
Simpati ada benci pun ada

Engkau persis insan yang tiada pedoman
menungkah arus kehidupan yang penuh berliku
seperti berlikunya aliran sungai
mengalir tiada penghujung ke muara
Terfana
ingatan lama terungkai kembali
masihkah ada setitip simpati darinya
adakah engkau punya harapan
berikanlah sedikit ruang
jangan biarkan dia terus hanyut
buntu , jalan yang perlu tempuhi
kerana apa yang akan dilalui itu
penuh onak dan duri

Kealpaan engkau,
menjurus dirimu menyimpang jauh
yang tidak punya iman sahaja yang rela
menjadikan dirinya mangsa
engkau tiada jalan putus
batu penghalang didepan terlalu kebal
sukar untuk ditembusi
sudah tahu ada jurang pemisah
itulah yang enak dan indah digapai
kenapa kau masih memuja dan mencintai dia

engkau tahu bukan
antara engkau dan dia tiada pertemuan
kerana engkau juga punya tanggung jawab
dia insan yang di kasihi orang
namun cinta terhalang tetap enak di perdagangkan
kerana cinta terhalang itu makin indah dan mengasyikkan
lupa segala, alpa dalam menguruskan minda
tidak berpaksikan keimanan
kerana itu engkau mudah lalai
tidak berfikiran sewaras-warasnya

Anjakan usia telah membuat engkau lebih tahu
mungkin itu adalah satu kesilapan
masa lampau engkau penuh kepura-puraan
penuh tipu muslihat
setiap noda dan dosa lalu
kini menghantui engkau
hingga kehidupan ini menjadi celaru
engkau menagih kasih
engkau mendambakan cinta sejati
sehingga usia dipenghujung engkau masih mengharapkan
setitik harapan dan kasih
dari dia yang telah lama lupa
akan dirimu
walaupun dia dan engkau hidup begitu intim
tetapi sayang , kasih itu pudar
ditelan masa dan engkau harus
terima seadanya kasih dari dia

Simpatiku hanya berdaya
sekadar doa dan harapan
muga engkau wahai teman
tabahlah
yakinlah bahawa setiap yang pahit
pasti ada yang manis
semuga engkau akan di rahmati
kesabaran itu tiang segala keimanan


*************************



Tiada ulasan: