Ahad, 10 Oktober 2010

RAIHLAH HARAPAN


Pusingan tiga puluh darjah
aku buat potongan terbalik
aku rasa perkara mudah
lantas aku biarkan
seolah-olah aku kecundang
namun bukan aku lebih kehadapan!
mengejar waktu yang kian hampir
merenggut masa nan berlalu
siang
mentari memancar bahangnya
perit membakar tubuhku yang kering
keringat mengalir lesu membasahi setiap ruang
tiada nikmat selagi hasil keringat dihalalkan
bukan kerja yang merugikan
Wahai malam
malam yang menakutkan
mengapa engkau tidak kembali lagi
masamu telah berlalu
kerana mencari ilmu
lebih nikmat bagiku
daripada kekayaan
kerana aku dapat kepuasan yang aku capai
Berputaran roda kehidupan ini
menjurus jalan yang tiada berliku
namun aku terus belajar
menyelesaikan masaalah
Lantas kedengaran
Suara goresan pena di atas kertasku
lebih merdu daripada alunan lagu kesyahduan
lebih indah dari tabuhan rebana remaja puteri
sedangkan lembaran tulisanku
menebarkan butiran pasir hikmah
Wahai masa
raihlah harapan dan cita-citamu
haruskah aku tetap terlena selamanya
sehingga mimpiku menjadi kenyataan?..



****************************

Tiada ulasan: