Sabtu, 31 Julai 2010

KISAH PERKAHWINAN


Awal perkahwinan.

Isteri: " Jom kita pergi 'shopping'"

Suami: "Jom.. dari kita duduk rumah,
bosanlah pulak"


Pertengahan perkahwinan:

Isteri: " Jom kita pergi 'Shopping' "

Suami: " Abang ada hal la, lain
kali boleh tak"


Penghujung perkahwinan:


Isteri : " Jom kita pergi ' shopping"

Suami: " Abang penat laaaa.. Emak
ko tak boleh pergi sendiri
ke!... macam la tak tau nak
beli barang sendiri pulak"


Inilah kisah asam garam kehidupan suami isteri.. semakin lama tidak ada seri dan
semakin pudar kasih sayang... amboi semasa mula kawin dulu, semuanya indah
dan mengikut apa kata pasangan. Kemana pun tak reti nak bangkang..
pijak semut pun tak mati...

Bila usia perkahwinan semakin matang, mulalah tidak ada keseronokan dan
masing-masing punya sudah punya anak-anak yang telah dewasa. Jadi haluan
sendiri dan aktiviti kekeluargaan semakin berkurangan.

Untuk mengekalkan perkahwinan, kesinambungan semasa mula-mula berkenalan
perlulah diteruskan agar kebosanan tidak bersarang dalam kehidupan berumah
tangga...



Tiada ulasan: