Isnin, 26 Julai 2010

BERSILAT UNTUK RIAK KE UNTUK PERTAHANKAN DIRI!!





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan satu garis panduan silat dan
beberapa perkara dimana setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa
silat bersumberkan daripada Nabi Muhammad s.a.w, para ambia atau diambil dari
al-Quran dan hadis atau pun berasal dari amalan para sahabat. Teknik2 atau pergerakan
persilatan tidak boleh dikatakan berasal dari ibadat2 seperti rukun2 sembahyang, juga
tidak boleh mendakwa seni silat diamalkan oleh mereka bersumber dari mimpi bertemu
Rasulullah .s.a.w atau para anbia dan sahabat2 serta ulama.

Merujuk Kamus Dewan edisi ke empat, silat bermaksud seni permainan atau kepandaian
berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri.

Bila aku terbaca tentang garis panduan tentang seni silat ni, aku terus teringatkan kisah
dimasa aku kecil2 dulula. Waktu tu dalam tahun2 70 an aku masih lagi bersekolah rendah,
di kampung aku, masa itu sangat popular dengan satu jenis silat ( "Silat Nasrul HAQ").
Ialah zaman budak2 apalah yang dia tau sangat pasal hukum hakam silat tu, sama ada boleh diamalkan atau tidak.

Setiap petang lepas magrib aku dan kawan2ku pasti tak sabar hendak menunggu waktu bermulanya latihan di padang. Kami beramai2 berlatih dan mengulangkaji step2 yang diajarkan oleh Tuk Guru. Kawan2 aku yang lelaki selalu mengalah tak kiralah aku mesti nak yang pertama bila Tuk Guru memulakan latihan. Orang yang paling kedepan akulah orangnya, sampaikan kawan2 lelaki aku tahu yang aku pantang dicabar.

Permulaan latihan aku jadi pelajar untuk menunjukkan cara2 latihan berfungsi adakah
berhasil segala latihan yang telah diajarkan. Kawan aku si Said jadi musuhku, aku perlu
mengamalkan ayat2 Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali dan al-Fatihah juga 7 kali, dan kemudian
aku perlu bertafakur yang musuhku itu seorang yang amat kejam atau seorang penjenayah,
lantas aku kena mendepangkan tangan seperti menghalau seseorang dari menghampiri aku
dan jelas sekali tindakan aku itu menjurus musuh ku seperti di tolak oleh sesuatu benda hingga
kawanku si Said terpelanting ke perdu pokok pisang.


."Wahhh hebatnya silat ku!!.. dalam hati aku berkata.
Ehh kalau camnilah takyah lah susah2 nak praktikkan
silat yang memenatkan!".

"Hanya dengan membaca beberapa surah dan terus
menjurus musuh.. eee best lah nanti kalau ada musuh
yang kacau aku tak yah la aku susah2. baca je Fatihah
dan Qulhuwallah musuh dah tewas"


Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara2 yang jelas diwajibkan didalam
Islam seperti tidak meninggalkan solat, jangan berkelahi sesama ahli jangan engkar dan hurmatkan guru buat baik jangan lupa membaca al-Quran dan berwirid kepada Allah senantiasa. Jika kita tak amalkan segala ayat2 itu maka keberkesanan silat ni tidak bermakna langsung. Untuk itu perlu diingatkan bahawa setiap amalan silat seperti ini sebenarnya bukan kerana , kalau tidak sembahyang atau berwirid segala bunga2 silat tidak akan menjadi dan berkesan kepada pengamal silat itu.

Kita bersolat dan berwirid seharusnya kerana tanggung jawab kita kepada Allah,sebagai hambanya. Ini tidak.. kita solat dan berwirid kerana nakkan kita handal dalam
ilmu persilatan.

Sebenarnya sapa2 yang nak mempelajari ilmu persilatan perlulah memasang niat yang baik
bukan dipelajari untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan. Sebaliknya ilmu persilatan
hendaklah dipelajari bagi tujuan menjaga diri dan memelihara warisan supaya tidak hilang
ditelan zaman.


*********************************

Tiada ulasan: