Selasa, 9 Februari 2010

MATA JARING SYAITAN...

ENGKAU telah
bersenang-senang
wahai kedua mataku
dengan sebuah pemandangan
lalu engkau
mendatangkan hatiku
pada tempat yang paling jahat
wahai kedua belah mataku
tahanlah dirimu dari hatiku
kerana pemandangan itu
dalam penganiayaan
adalah usaha dua orang
dalam membunuh
seorang yang satu


Mata itu adalah
jala-jala syaitan

Mata adalah
anggota tubuh yang paling
dapat menerobos dengan
cepat dan paling
dahsyat dalam merobohkan


Maka barang siapa yang mengikutkan
anggota-anggotanya pada
nafsunya
didalam taat kepada Tuhan,
maka benar-benar
dia telah mencapai
cita-citanya dan barangsiapa
yang mengikut anggota-anggotanya
pada nafsunya di dalam
memperoleh kesenangan,
maka benar-benar dia
telah menghapuskan amalnya...



Tiada ulasan: