Ahad, 7 Februari 2010

GILA TETAPI MA'RIFAH


Ku tinggalkan mengantuk
pada sisi Allah
yang menganugerahkan bermacam nikmat
puspa ragam kurniaan
dan,kuusir mengantuk
kerana keasyikan mujahadah padanya
kuhabiskan waktuku
dengan mabuk kepayang
lupa dari semua orang
untuk kusembunyikan rahsia batin
padahal,tak pernah dapat tertutupi

Dan,ketika kulihat cinta
mahabbahku jelas nampak
kurobekkan diriku yang hakiki
kemudian,kuucapkan iya..iya..
manakala diriku dianggap gila
hanya rindu dendam
yang membuatkan diriku begitu

Manakala diriku dikira sakit
sungguh.....diriku
tak pernah dijangkiti penyakit
itu hanya rasa cinta
cinta yang amat mendalam
asyik...
terbuai kerinduan hakiki
dan....
terikatlah tali perjanjian
perjanjian antara aku dengannya
sementara
kemuliaan roh insani
terdapat dalam kepekatan malam.

Gelap gelita,sunyi,sendu...
sungguh para pengumpat
kerana kedungguan diri
mencaci maki kerinduanku
kerinduan hakiki kepadamu
aku berkata kepada pandangan mata
pandangan mataku sendiri,cemerlang
tentang suatu uzur
yang membuat diriku membenci
kala kedua bola mataku
melihat jelas-jelas
dalam nanar tanpa serangkum ucap
dan kukhabarkan kepada mereka
mahabbah rinduku
mempusakai sakit dan derita
maka,
wahai Zat pencurah kurnia
dengan kesantunan-Mu
jangan engkau jauhi diriku,
wahai Zat pencipta dendang roh
dekatkan,dekatkan dan dekatkan

diriku selalu dalam redha-Mu
kepada-Mu....

Tiada ulasan: