Isnin, 11 Januari 2010

PERISTIWA HARI KIAMAT PASTI AKAN DATANG....CUMA BILA DAN BAGAIMANA






Kiamat..hancurnya dunia ini.Alam akan lenyap dan ditukar dengan yang baru.
Dalam ayat 49. surah Ibrahim-

Pada hari itu bumi ini ditukar dengan bumi lain.demikian juga langit dan semuanya nyata bagi Allah Yang Maha Esa lagi gagah perkasa.

Sekelian yang hidup pasti mati kecuali Tuhan.Malaikat mati,Jin dan Iblis juga mati,Manusia mati,binatang mati dan seluruh alam ini akan lenyap. Dan yang terakhir sekali ialah Malaikat-maut,Bumi,matahari,bulan,bintang-bintang dan sekelian yang ada dialam ini akan lenyap.Alam akan kosong, selepas itu akan diciptakan alam yang baru,berbeza dengan alam yang ada sekarang.Sesudah itu barulah manusia ini akan dibangkitkan dari kuburnya.

Surah Al-Kahfi ayat 1 ada menerangkan...

Bahawa Kiamat itu tidak dapat diragukan lagi.

Kiamat pasti ada, cuma waktunya adalah ketentuan Allah sahaja yang mengetahui...mungkin kerana bumi ini telah tua,tidak ada seorang pun makluk yang tahu bila terjadinya kiamat ini...

Nabi ada menerangkan tandanya sahaja...... Hadis Abi Hurairah r.a berkata.

Belum terjadi kiamat sebelum terjadi perang dahsyat antara dua pihak besar yang bertentangan pendapat.
Terjadi pembunuhan besar-besaran dan masing-masing pihak mencari pengikut-pengikut yang banyak.
Munculnya Dajjal iaitu orang yang mengatakan bahawa dia adalah seorang rasul dari Tuhan. Habis ilmu syariat Islam,banyak terjadi gempa bumi,fitnah terang-terangan,banyak terjadi pembunuhan,harta benda melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang akan menerima sedekah.Banyak pula orang mendirikan bangunan tinggi mencakar langit.


Hadis juga disebutkan bahawa akan terbit Matahari sebelah barat iaitu tempat terbenamnya sekarang.Dikala itu kita manusia mula lah mengatakan ingin beriman tetapi sudah terlambat..

Disaat-saat dekat akan kiamat nanti juga dikatakan bahawa kekayaan yang sangat banyak sampai tidak ada org yang yang hendak menerima sedekah.. dan habis ilmu dan mati nya juga para ulama,maksudnya ketika itu orang tidak memperdulikan lagi syariat Islam....

Dalam hadis Rawi Bukhari... Dekat-dekat kiamat itu makan turun lah Ibnu Maryam (atau pun Nabi Isa a.s) Dia yang akan membunuh Dajjal,mematahkan salib dan membuat dunia akan sentosa dan kekayaan melimpah ruah.

Diriwayatkan juga dalam ayat At-Takwir 1-6... matahari digulungkan,langi pecah berterbangan seperti kapas diterbangkan angin seperti berantakan,pecah hancur dan kemudian lenyap,bintang-bintang ,bulan dan segala cakerawala hancur dan segala makluk akan mati gunung ganang beterbangan,laut bergelora panas mendidih kemudian kering dan tertimbun...


Sebagai hamba yang mempercayai akan rukun iman yang kelima ini maka marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan dan takwa kita... muga dengan limpah kasih sayang Allah terhadap kita, dijauhkan dari segala kesulitan dan kesengsaraan yang akan kita hadapi dihari yang ditentukan kehancuran muka bumi ini...kerana betapa dahsyatnya hanya Allah yang sahaja yang mengetahuinya......


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kshsyg..adam7