Selasa, 12 Januari 2010

ERTI HIDUP




Lelaki dan wanita dalam kejadian manusia memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini,mengapa dijadikan lelaki dan wanita.Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusian.Satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah lelaki melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan.Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan.Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya atau wanita semuanya.Jadi kejadian berpasangan antara lelaki dan wanita merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.Allah SWT berfirman:

Diantara tanda-tanda kebesarannya ia menjadikan untuk kamu dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan.Semuanya itu menjadi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum ayat:21)

Mengapa manusia perlu berkahwin, kerana menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita dapat mewujudkan suasana kasih sayang dan memperindahkan kehidupan, perkahwinan disyariatkan,ditentukan kewajipandan peraturan yang membawa kebahagian pasangan...tetapi sebaliknya jika peraturan itu tidak dipatuhi kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya pasangan akan sentiasa dilanda arus suasana kehidupan mereka tidak tenteram.





Tiada ulasan: