Sabtu, 7 Jun 2014

ANTARA HALAL DAN HARAM


Antara JAKIM, KKM serta Halal dan Haram.
Sebuah artikel untuk membuka fikiran kita. Artikel nukilan Sang Pencheritera. Jom sama-sama kita baca dan nilaikan.





                                            

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

JAKIM sudah mengisytiharkan yang produk Cadbury yang didakwa ada DNA babi sebenarnya halal dan boleh dimakan. Mungkin orang yng dah makan produk tu rasa lega bila dengar kenyataan JAKIM tu.

Persoalan yang timbul dalam fikiran saya ialah mula-mula tu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai status produk tu. Menteri dah umumkan kemudian JAKIM melenting. Kata Menteri Kesihatan, Jakim pun ada makmal, jadi biarlah pakar-pakar di situ buat kajian. Sekarang JAKIM kata Produk tu sebenarnya halal. Masa pihak Kementerian tu cek, produk tu dah bercampur sebab tu ada lemak babi di dalamnya. Ini bermaksud JAKIM menyalahkan Kementerian Kesihatan kerana tak pandai nak buat analisa. Mungkin pakar di JAKIM lagi hebat!

Bukankah kedua-dua pihak sepatutnya berbincang dulu bsebelum mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Walau apa sekali pun kesimpulan yang dinyatakan, produk ni baik ditarik balik dari pasaran dan syarikat ni buatlah bisnes lain seperti yang terjadi kepada roti High 5. Mula-mula dulu didakwa ada bahan dari babi kemudian nafikan akhirnya sekarang ni dah tutup kilangnya. Mungkin buat jenama lain, wallallahualam. 

Ada hamba Allah kata, Menteri Kesihatan tu beragama Hindu jadi kemungkinan dia mewakili rakyat Malaysia yang tidak boleh makan daging selain umat Islam (Vegetarian). KKM menyiasat produk ni di premis jualan sebab dapat aduan daripada pengguna yang bukan beragama Islam. Sebab tu KKM yang menganalisakan dan serah kepada JAKIM. JAKIM pula siasat di kilang yang dah buang segala yang tak halal. Tentulah tak jumpa benda yang haram!

Ada pihak pula mendakwa ada orang nak sabotaj syarikat berkenaan. Janganlah nak menegak benang basah! Lepas ni, seelok-eloknya tak payah makan coklat! Kalau teringin sangat, buat sendiri coklat tu. Sudah pasti kita tahu halal haramnya. Lelemaknya kalau tak yakin, belilah di kedai Arab atau campur saja minyak halal yang sesuai.

Kalau dari sudut produk HALAL, negara kita sebenarnya jauh tinggal ke belakang daripada negara jiran kita, Thailand. Tanda halal mereka lebih halal daripada tanda HALAL JAKIM yang kononnya mewakili kerajaan. Kalau setakat tulis halal siapa pun boleh tulis sedangkan hakikatnya ramai orang Islam yang tak ikuti atau jarang-jarang mengikuti berita atau hal semasa ni tak faham yang logo HALAL di Malaysia ni sebenarnya HARAM.

Mereka sebat apa-apa saja makanan dan minuman yang ada di depan mata di mana-mana pun dijual kerana mereka percaya kepada pihak yang dipertanggungjawab untuk memastikan makanan dan minuman tu halal di negara ini.

Pada awal tahun 90-an dulu pun ada kes tentang Ayam Goreng Segera yang paling TOP di Malaysia sehingga kini dikatakan TIDAK HALAL dimakan oleh orang Islam kerana cara penyembelihannya dipertikaikan. Mak Ngah saya kata ada kawannya yang dah pencen sebagai pegawai polis menjadi tukang sembelih. Bila pegawai JAKIM datang, dia disuruh pakai kupiah.

Ada satu ketika, ayam tak mencukupi kerana terlalu ramai pelanggan. Kawan dia nampak orang yang bukan Islam tolong sembelihkan! Bila dia tegur orang tu, dia kena marah sebab orang tu pegawai atasannya. Dia terus letak jawatan dan tinggalkan tempat tu serta-merta kerana tak mahu bersubahat. Jadi, kalau nak makan apa-apa pun, fikir dulu tentang asal usul makanan tu kalau nak diterima amalan kita oleh Allah SWT.

Orang yang nak komen di FB pun mestilah tahu halal haram kalau menulis terutama komen yang memang lucah. Bila saya baca komen-komen seperti ini, saya tertanya-tanya sama ada mereka ni orang Islam ke? Kalau kita mengaku kita orang Islam, janganlah nak mencarut-carut kalau tulis komen. Siapa nak sembahyangkan kita kalau kita jadikan perbuatan tu sebagai amalan kita, bila kita mati kelak? Mesti kita dikata orang yang hidup kerana perangai kita yang tak senonoh tu. Itu tak haram tapi berdosa besar, tahu tak?

Adakah kita perlu disolatkan bila dah mati nanti kalau biadab macam tu? Perbuatan atau akhlak yang buruk itu bolehkah membawa kita ke syurga? Mungkin orang ni memang tak ada adab tetapi saya bersimpati kepada ibu bapanya yang tak mengajarnya beradab sopan dan tak dapat mendidik anak menjadi orang Islam. Ibu bapa tak lepas, anak pun tak lepas dunia dan akhirat.

Kalau kita membiarkan perkara yang berlaku di hadapan kita, juga bermakna kita menghalalkan yang haram. Kalau tengok maksiat di hadapan mata tapi tak menegurnya juga bermakna menghalalkan yang haram. Kalau tengok artis berpakaian tak senonoh tapi tak tegur pun bersubahat juga. Macam kita pun sama pakai pakaian yang sama!

Ada artis pakai baju  belah di bawah dan di atas macam tak cukup kain pada malam Anugerah BH menafikan dia berpakaian tak ingat umur dan terlarang dalam Islam (kalau dia ingat dia orang Islamlah). Dia kata tak seksi tapi pandai pulak nak tutup dadanya yang dah tiga suku terdedah dengan beg kecilnya tu... Yang tengok pun bersubahat juga. Macam mana ni???

Halal atau haram masih perlu dibahaskan kalau kita nak jadi orang Islam yang sejati. Orang bukan Islam pun hormati kita kalau kita jaga akhlak kita dan agama kita termasuk makanan dan minuman yang masuk dalam perut kita. Kalau nak tahu akhlak seseorang itu, tengoklah pada apa yang masuk ke dalam perutnya.

Setakat ni dulu yang dapat saya coretkan di sini. Wassalam.
    
*Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera.


**************************

Tiada ulasan: