Jumaat, 31 Oktober 2014

MASALAH TERLERAI SESUDAH DITULIS SATU PERSATU!.

Assalammualaikum...

Hari ni memang rasa nak marah sangat-sangat. Marah sampai tahap gaban kata budak2 sekarang..
Sampai satu tahap rasa nak jerit2 kuat2.. biar dunia tahu aku sedang marah sangat2.
Memang aku tahu sifat marah ni satu kesilapan dalam diri aku..Fikir punya fikir marah2 gini pun tak elok untuk kesihatan aku yang dah dikira lebih setengah abad ni huhuhu...Marah ni juga sampai satu tahap boleh buat aku menangis untuk meredakan kemarahan. Biarlah kemarahan ini aku je yang tau kenapa.....



Aku ada terbaca artikel dari sebuah majalah ..tahun 1991 majalah apa dah lupa pulak.. tapi masih ingat juga.. intipatinya....

Ada satu cara yang baik untuk meredakan perasaan marah. Tuliskan saja perkara-perkara yang
menyebabkan kita menjadi begitu marah. Perkara-perkara ini boleh dikarangkan dalam bentuk
senarai puisi, cerpen dan juga karangan gambaran.

Jangan risau jika kita dapati perkara-perkara yang kita tulis itu tidak masuk akal langsung.
Kita tidak menulis untuk menghasilkan sesuatu yang  boleh memenangi hadiah sastera.
Yang penting ialah kita dapat mengesan punca-punca kemarahan untuk meredakannya.

Setelah menulis punca-punca kemarahan kita akan berasa amat letih seperti baru tamat
berlari sebatu atau seperti lepas menangis selama 30 minit. Seterusnya senaraikan semua
perkara yang positif  dan kemudian perkara-perkara yang negetif.

Kemudian kaji semula segala perkara yang telah anda senaraikan tidak kira sama ada
positif atau negetif. Tidak lama kemudian pasti akan terserlah penyelesaiannya. Kita
juga dapat mengesan kesalahan kita dan terserahlah untuk menerima atau menolaknya.

Inilah satu-satunya cara menyelesaikan masalah yang boleh digunakan oleh golongan tua dan muda. Malah boleh digunakan untuk seumur hidup.

Menjadikanlah usaha menulis sebagai sebahagian daripada cara kehidupan kita dan boleh membantu kita mengatasi keadaan-keadaan yang rumit. Sesungguhpun sebabnya tidak ketara tetapi amat jelas kita akan berasa lega selepas menulis masalah pada kertas dari kita melepaskan kemarahan kepada orang lain. Masalah kita juga akan dileraikan dengan harmoni dan tidak lagi menyakiti hati orang lain dengan kemarahan kita yang membuak-buak.....

Tiada ulasan: