Isnin, 20 Oktober 2014

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU..JANGAN MENGGUNAKAN TELEPHONE ATAU SMS...

Pagi ni aku memandu kereta Along kearah Kuala Lumpur atas urusan di Kementerian Kesihatan di Jalan Chenderasari bersama menantu perempuan . Perjalanan hari ini tenang dan selepas tol Subang kereta mulai perlahan. Keadaan masih terkawal. Perlahan aku pandu sambil bersembang -sembang mengenai keadaan semasa.

Keadaan trafik yang perlahan,  Jalan mulai  sesak dan terhenti-henti dilaluan berhampiran simpang menghala ke Klana Jaya , kereta didepan aku yang memecut laju serta merta memberhentikan kereta dengan mengejut. Aku lihat apa yang berlaku, Ya Allah berasap kereta Proton Waja putih telah melanggar kereta Myvi hitam. Alamak!! kenapa aku tak sempat menyuruh menantu ambil gambar tadi..ish2 ehhh apa yang aku meraban ni...

Panik juga, mujurlah aku tidak mengikuti belakang Waja terlalu dekat. Jika tidak subhanallah apa akan terjadi aku dapat bayangkan....Aku terus membelok laluan tengah, sambil mata nakal ni menjeling kepada kemalangan yang terjadi.. Aku lihat pemandu Proton Waja sedang membetulkan wayar telephone sambil membuka pintu kereta untuk melihat apa yang telah dilanggarnya.

Pengajaran yang aku dapat hari ni... AWAS!!! JANGAN MEMGUNAKAN TELEPHONE ATAU SMS KETIKA MEMANDU ... bukan kita yang akan mendapat kecelakaan tetapi disebabkan kecuaian kita orang lain yang tidak  bersalah turut terkena tempias.....

Aku rasa simpati pada pemandu Myvi hitam. Tak pasal-pasal kereta kemek dan rosak teruk. Mungkin mereka hendak menuju kesuatu arah dan ada hal penting kan dah tergendala....

Kita selalu lalai dan sering melanggar peraturan jalanraya. Bila dah terjadi baru rasa menyesal.

Semuga kita semua berhati-hatilah ketika memandu walau dalam keadaan apa sekalipun.......

Tiada ulasan: