Rabu, 25 Disember 2013

SELAMAT TINGGAL......






Bila di kenang bila di bayang
kenangan bersamamu dari mula hingga kini
ada suka ada duka ada sedih luka terhiris
pabila suka semua kenangan berombak mesra
tetapi ada sayu jiwa terguris tersinggung dalam rasa

enak dibuai kasih dikala hati suka jiwa gelora
semua indah semua bahagia bak syurga loka
tatkala jiwa memberontak kejam  dan
dugaan menerjah
tiada kata, tiada suara mendatar bagai air yang lesu
di muara kelam...
wahai insan!!!!!!!!!
renungkan dirimu buat seketika
tidakkah engkau merasa bersalah
atas segala keegoan mu tatkala ini


melepaskan tanggongjawab 
pergi ku dikau tidak hargai
umpama  madu dihisap sepah dibuang
di lontar jauh ke lubuk hina
di buang jauh tersiksa rasa
kini aku tahu... jiwa dan hati mu keras umpama batu
kering sudah air mata ini mengalir
namun tiada kesan belas dari dalam jiwamu
wahai lelaki yang bernama suami
kabarkan daku perihal watakmu sebenar
adakah dendam membara
adakah penyesalan bersarang
hingga engkau sanggung lontarkan maruah 
seorang isteri yang sering menangis kesedihan
isteri yang selama ini berkorban jiwa raga
menjaga , mendidik, mengasuh zuriatmu yang engkau tanamkan
dan lahir sebagai insan terhormat
dimana harga diri mu
dimana kasih mu

isterimu menangis  sendirian melawan kesah
lagunya pasti di dengari pilu
namun semua kosong
derita isterimu di tanggong sendirian
tanpa ada pembelaan dan belas kesihan
tohmahan demi tohmahan kau lontarkan
keburukan isteri ketara bila jiwa membenci
tiada kebaikan yang engkau lihat
hanya kehancuran perasaan amarah membungkam

letaklah perasaan belas walau sekelumit
jangan  dendam masa lalu engkau fitnahkan
di jaja keliling ruang
ingatlah kebaikan tidak semua kejahatan yang ada
kita insan paling mulia jika jiwa pengampun masih bertahta
di sempatan ruang ini,
isteri yang di buang dari harga diri
mengucapkan seribu jutaan terima kasih atas segala
pengorbanan, kasih sayang, perhatian yang tidak pernah 
di pertontongkan 
namun setiap budi pasti dibalas dengan ingatan tulus ikhlas
bukan seperti kacang melupakan kulitnya
andai aku telah tiada dalam kehidupan masa lalu
cuma harapanku
maafkan segala dosa dan segala keperluan yang diberikan
halalkan . 
semuga dikau beroleh kebahagian

harapanku nukilan ini memberikan ruang  demi masa
demi kehidupan yang lebih sempurna
Hanya Allah segala tempat memohon kebaikan dan memohon
restu kebahgian dunia akhirat.

SELAMAT TINGGAL KENANGAN.. SEMUGA KENANGAN 
PAHIT TIDAK AKAN BERULANG LAGI......


"YANG INDAH ITU KENANGAN.. YANG DERITA ITU PENGAJARAN"


*********************************************



Tiada ulasan: