Jumaat, 25 Oktober 2013

TIDAK ADA TAJUK

Rasanya aku telah lama tak berceloteh dalam ruangan ni.masa ni aku sedang mengelamun untuk memikirkan apakah akan aku buat sehari dua dalam percaturan hidup aku..

Sementara menunggu detik pukul 10.00 malam sebelum aku bergerak ke stesyen bas (terminal one) sempat  pulak aku pantau2 blog kawan2, terbaca kisah pembunuhan Norazita Abu Talib.
Ngeri bercampur baur.. kenapa kehidupan ini penuh dengan sifat kekejaman. Tamak kan harta benda sampaikan hak orang lain serta nyawa orang jadi taruhan.

Apa pun, ingin aku mengucapkan takziah kepada saudara Irwan Kamaruddin atas kehilangan isteri tercinta, dan kepada anak-anak yang masih kecil yang kehilangan ibu yang masih muda. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan Nya kepada Allahyarham Norazita Abu Talib, dan meletakkan Allahyarham dalam golongan solehah dan yang diredhai, serta dimasukkan kedalam syurga. Dan moga ALLAH memberikan kesabaran kepada saudara Irwan dan keluarga dalam menghadapi musibah dan dugaan yang hebat ini.
 
Bukan apa, aku memikirkan perjalananku ke utara tanah air, aku banyak membayangkan berbagai
tragedi berlaku , seperti pembunuhan, kemalangan,rompakan dan berbagai lagi ancaman.
Jesteru itu , bila diamati sebenarnya setiap kejadian adalah sudah  ditentukan. Semua telah di susun
dengan rapi oleh Penciptanya.. Cuma kita sebagai makhluk sedaya upaya berusaha untuk mengelak
dari sebarang perkara yang buruk dari berlaku.
 
Rasanya aku pun dah tak de modal nak celoteh lagi, sambil menunggu detik 10 malam.. semuga perjalanan ku di berkhati dan di permudah dari segala halangan dan rintangan. Ya Allah selamatkan perjalan kami, permudahkan urusan kami dan jauhi kami dari segala mara bahaya.
 
 
 -7AfyYb3sFvwIjiFl9SrLUpKiZV7jJ51dasDJrWf
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: