Rabu, 8 Jun 2011

HARMONI WALAUPUN KEKURANGAN


Waktu santaiku sering mengelamun sendirian
memikirkan satu cerita yang pernah aku
alami beberapa ketika yang lalu.. Mungkin kisah
itu biasa2 aje, tapi ada juga lucu dan ada
pengajaran di sebaliknya

Suatu petang selepas aku pulang dari Mall
aku kekedai Mamak untuk menghilangkan
rasa dahaga, dik kerana lama pusing balik
mengangkat barang2 yang dibeli.

Sepasang suami isteri atau sebaliknyalah.
Aku tak pasti, perempuan menegur
pasangannya.

"Eh ayang ni kalau minum tu janganlah
macam kanak2 menghisap susu dalam
botol, lembab bukan main, dah tu tengok
meleleh macam budak2 jer"

"Eh heh heh huh huh" gelak lelaki tersebut
bila ditegur pasangannya.

"Ayang ni.. janganlah makan gelojoh sangat,
nengok tu bersemomeh satu mulut dengan
mee yang awak makan, malu saya kalau
orang nengok cara awak makan, cam tak makan
setahun lagaknya"

"Eh heh heh huh huh hrmmm" gelak lelaki
tersebut bila ditegur pasanganya.

"Ayang ni tolonglah... janganlah lap mulut tu dekat
lengan baju awak!. Nengok habis kotor, dah lah
melekat pulak sambal pada lengan baju tu!

"Eh heh heh huh huh huh waaahhh"
"Aling tak cayang Oney lagi yer"huhuhuhuh
biarlah, tak perlah acal Oney tenyang dan
nanti Aling tak yah macak2 lagi kat umah"
tennok ni pewut Oney dah becar, macam
ada baby jer, tapi Aling tu tak becar2 dari
dulu.Mana tau nanti ada baby tau Aling!,
tak yah mengandung lagi sebab Oney dah
mengandungkan baby tita!".

Aku senyum sendirian bila aku melihat
gelagat mereka, mana tidaknya rupanya
lelaki tersebut OKU... tapi yang aku
berminat melihat mereka kerana, walaupun
lelaki itu pelat bercakap, sebutan Aling dan
Oney tu yang buatkan aku tersenyum
sorang2. Masih romantik lagi mereka dengan
sebutan kasih sayang.

Memang, aku macam tak percaya, rupanya
lelaki itu adalah suaminya dan sebelum
mereka bernikah lelaki itu tidak menghadapi
apa2 masalah pun. Mungkin telah tersurat
kesihatan suaminya bertambah teruk
apabila terbabit dalam satu kemalangan
membuatkan ianya terjadi demikian.


Moral dari kisah ni,
berapa ramai pasangan yang
masih kekal bahagia dengan panggilan sayang
dan manja, kerana sering kita lupa panggilan juga
kadang2 membuatkan pasangan merasa dihargai
walaupun usia perkahwinan keduanya bertambah
dan kebanyakan kita ambil mudah. Jadi apabila
keharmonian dan keceriaan tiada maka jangan di
persalahkan satu pihak sahaja...
kebahgian tidak terletak pada rupa paras
dan kedudukan semata-mata.


***********************

Tiada ulasan: