Khamis, 17 Februari 2011

USAH DIIKUTKAN DERITA




Di saat warkah ini aku coretkan
mungkin aku sudah jauh berjalan
meninggalkan segala kenangan dan keindahan
mungkin juga aku telah hilang dalam kabut senja
atau aku juga telah lenyap dihanyutkan arus
Betapa hidup ini satu perjudian
yang tidak mungkin menjuarai nikmatnya
setiap bait-bait kelukaan yang terpendam
dalam sekian lamanya di rasai
tidak luput walau sekelumis kesedihan ini
namun kehidupan ini perlu diteruskan
tidak akan aku menoleh kebelakang
bahawa sedih dan pilu itu adalah mainan
sudah habis air mata ini tumpah
bila di mamah, diratah dan di punahkan
setiap kesetiaan dan kegembiraan yang terpancar
bak ombak mengalun merdu irama cinta shahdu
juga irama angin lalu dibuai sendu
bulan menjadi saksi kecintaan itu
pungguk yang senantiasa merindui bulan purnama
harum semerbak kasturi malam nan kedam
bila ia berlalu sepi
semua tiada arti lagi bagi ku
punah dititip kekecewaan hati
nan lara di bawa gelora
akhirnya lorong sempit
terdampar di hadapan
bahawa aku dan engkau sudah tiada sekata
tiada gurau senda
tiada gelak ketawa mesra
biar air mata darah membasahi pipi mungilmu
tidak juga membawa makna
hanya sia-sia
kini gelora sering melanda membawa segala
derita dan sengsara
engkau ku lihat jauh semakin suram
engkau ku tegur tanpa kata dan sapa
bencana apakan yang tiba
pada semua insan yang tidak berdosa
terpalit segala dosa dan noda
cukuplah
sengketa antara umat manusia
bencana tiba memerit rasa
pedih tidak terkata dalam dada
rasa hidup ini hampa
tiada apa-apa makna lagi
setiap pengorbananmu tiada harga
semuanya musnah
hanya takdir yang menentukan
segalanya mungkin tiba
saat itu bahagia menjelma
dan sentosalah alam yang dibina
walau dalam gelora derita
semuga engkau sedar
permusuhan engkau cuma sia-sia
kesabaran itu satu dari IMAN
awas hidup tidak lama
Akhirat juga selama-lamanya.



Buat seseorang yang menderita....


*************

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ADALAH MERASA DERITA LEBIH BAIK DARI GEMBIRA TERLEKA
DEERITA MAKNANYA KITA MASIH TERPILIH UNTUK MEMBAU PENGALAMAN.

SEKALUNG BICARA berkata...

segala derita ku tanggung sendiri
namun hidup ini perlu diteruskan
hanya pengalaman mematangkan diri
pasrah dan tawaduk adalah ubat segalanya.

terima kasih tanpa nama sbb berkongsi cerita