Rabu, 23 Februari 2011

PERLU PERUBAHAN YANG LUAR BIASA


Bagaimana ia bermula

(Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini. )







Lama aku tak cerita kat blog aku ni. Rasanya hampir seminggu sudah. Buzy sikit. Aku mencuba la sibuk-sibukkan diri sikit mana tau aku boleh menghilangkan rasa boring yang amat sangat asyik mengadap laptop jer sepanjang hari tanpa membuat apa-apa kerja dan tidak menghasilkan pendapatan sedikit pun. Jadi entah bagaimana aku boleh menjerumuskan diri pada produk Herbalife ni.

Jadi di sini aku turunkan sedikit kisah bagaimana Herbalife telah mengubah cara hidup aku dan berupaya menjadikan aku seorang yang pasif menjadi seorang yang ceria kini.

Ini semua hasil kerja sungguh-sungguh anak aku si bungsu yang beria-ia hendakkan aku ada kerja, tidak lah asyik duduk terperuk dalam rumah sepanjang waktu.

Aku akan bersungguh-sungguh untuk mencuba dan berusaha tidak akan pandang kebelakang lagi selepas ini walau berbagai rintangan dan halangan aku akan kuatkan semangat dan jati diri untuk mengubah cara kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga.. Tidaklah lagi aku asyik murung di rumah tanpa ada sesuatu pun pekerjaan yang aku dpt lakukan.. Insyaallah..


********************

2 ulasan:

izahan berkata...

Moga success dengan aktiviti baru... dan moga ceria selalu....

SEKALUNG BICARA berkata...

Insyaallah..terima kasih