Sabtu, 6 November 2010

PERTEMUAN YANG TIADA MAKNA


Pertemuan antara kau dan aku
tiada sebarang manafaat selain berselisih bahu
mata saling jeling menjeling
langkah tetap hayun kehadapan
tiada sebarang ungkapan salam
tiada secebis senyuman
sekadar berlalu
Aku merasa sedikit terbias
sentiasa ku fikirkan apa silap dan salah
pertemuan itu tiada makna
aku bertanya " Apa khabar"
tiada sepatah balasan
apakah aku bersalah
kerana tiada jawapan darimu!
tersentap dan terkedu
namun itu aku biarkan begitu
pertemuan itu menunaikan keperluan
dan tiada maksud
namun tika waktu nanti
pabila kecemasan menyesakkan dada
pasti kau akan mencari sesuatu
untuk melegakan kesesakan jiwamu
inilah lembaran kehidupan kini
hidup antara maruah dan harga diri
hidup antara darjat dan harta
tiada lagi kemesraan
tiada lagi kasih sayang
antara kau dan aku
ibarat langit dan bumi
jauh jurang pemisah
andai kau rasa diri telah hebat
usah lah bersifat pentingkan darjat
mungkin aku terlalu mengharapkan
kecintaan,kekeluargaan dan kasih sayang
namun kini hanya tinggal memori
Dunia kini kian lesu
kehebatan meragut kenikmatan
Tiada lagi perhatian
masing-masing berlumba-lumba
mencari keperluan
sehingga terlupa siapa kita
ingatlah
setinggi mana kejayaan dan kemegahan kita
pandanglah rumput dimuka bumi
usahlah dipandang bintang yang menyinari
kerana terangnya buana bintang akan lenyap
janganlah diagongkan darjat
kerana kematian membawa kehinaan
janganlah kesombongan beraja dihati
kelak kehinaan meranap diri
Insaflah
kerana kita hamba yang sama dimataNYA


************

1 ulasan:

kedai buku perintis berkata...

sekalung bicara

adat bertanya.ada jawapannya
diam bersahaja.adalah sombong yang nyata.janagn mudah berkecil hati
pada jawapan yang mati.adat mencari,jumpa belum pasti.bila berjumpa belum tentu hak memiliki

kawan,
merasa bersalah.seperti mengalah,seperti menghulurkan galah yang tak sampai dipuncak.
kenapa nak dihitung pasal murung
mengharap jangan sampai tertiarap

ada masanya kita diuji
melihat sehalus budi pekerti
yang kita modalkan dalam kejujuran
kenikmatan bagaimana kita kecapi...

Tidakkah sengsara mendekatkan diri pada yangESA.

salam dari sahabat blogger
zeza yang tak henti berhenti....